Kejadianku berputik dari kasih sayang Bonda dan Ayah 38 tahun dahulu.... Genap sembilan bulan dalam kandungan, aku dilahirkan. Aku, anak ketiga buat mereka selepas dua orang kakakku
K Ogy dan
K Oza. Kami bertiga bagaikan
tiga anak tangga, setahun seorang dilahirkan.. Hampir sahaja aku mencapai umur 3 tahun, adikku Ida dilahirkan. Tapi aku kekal menjadi
kemanjaan ayah.
Waktu kecilku, aku sangat manja pada sesiapa pun, waima pada orang yang baru aku kenali. Mungkin kerana aku seorang yang
comel bukan aku cakap tapi makcik-makcik dan nenek-nenek yang cakap tau!? Kulitku
putih tidak seperti K Oza yang sedikit gelap kulitnya.. Ops! Sorry KOza! ? Keletahku yang sangat
memikat hati orang lain
perasan kejap! AHAKS! ?
 |
| Pinjam gambar sahaja.. sebab baby ni tidak secomel dan secantik aku semasa bayi ;P |
 |
Secomel diakah aku dahulu??
Ngeh ngeh ngeh... |
Kata Bonda, ketika kecil,
rambut aku ke
merah-merahan dan lurus. Kata Bonda lagi, kulitku yang putih akan menjadi ke
merahan bila terpanah matahari. Kata Bonda lagi, aku berjalan ter
kedek-kedek dan mulutku selalu aku
muncungkan. Aduh! Tentu aku sangat comel ketika itu.
Ops! Perasan lagi! Hehehehee... Cuba la pi tanya generasiku yang lebih awal dariku...
Kata orang, anak ketiga ini seorang anak yang sangat degil dan keras kepalanya tapi berjiwa lembut... Mungkin kebetulan, tapi begitulah aku... Dalam kecomelan dan kekiutan itu, aku adalah
ketua pembangkang! Aku amat degil! Tapi Bonda pula sangat
penyabar... Semakin aku membesar, aku sering dimarahi dan dirotan ayah. Bonda pula akan terus berdiam diri. Sesekali aku lihat airmatanya bergenang bila aku mencabar kesabarannya. Bila Bonda dekati aku, dia selalunya akan bertanyakan satu soalan sahaja...
" Olyn sayang Bu' ? Kalau sayang, sayang sampai mana?"
Dan jawapan skemaku ialah
"Sayang sampai langit" dalam senyum simpul sambil memeluknya...
Namun, aku hanya seorang kanak-kanak yang sukar untuk memahami hati Bonda. Aku akan ulangi ia lagi.. dan lagi, dan lagi dan lagiiiiiii.....
Huhuhuuu... Degil sungguh aku! Tapi dulu la...
 |
| Kasih Bonda membawa ke syurga... |
Bonda....
Cekal hati mendidik daku,
Sabar murni melayan kerenah anakmu,
Tiada kedengaran sepatah keluhan,
Tiada kelihatan setitip kemarahan.