CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow
Memaparkan catatan dengan label Hati Seorang UMMI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hati Seorang UMMI. Papar semua catatan

Khamis, 8 November 2012

Mulut vs Jari vs Hati


Sepanjang pagi , mulut ini terkunci.. Jari-jemari yang bak berus kawat halus dan buncit runcing saja yang ligat bekerja. Hati pula, seperti bagaikan tiada perasaan.. Hati sebenarnya berkata-kata.. "Rindunya pada anak bujang yang sorang tu.."


                        Tu la my anak bujang yang tua ... Bukan si hantu bungkus depan tu.. Yang itu kawan dia..Sazwan kot namanya...



Ha! Betul le nama dia Sazwan! Cer tengok nama kat baju tu..  * Iklan kejap!



Tetiba handphone berbunyi.. SMS masuk..


Sms received: Umi. Tgh hari karang bwt per? Hati berkata "Ingat gak dia kat Ummi ni" sambil tersenyum

Sms replied: Kul 12 kang nak p beli barang muffin kat sekilau

Sms received: Erk! br nak balik mkn. Kalau mcm tu kita gi date jom. 

Sms replied: *Hati melonjak dah ni! Tapi ayat kena cool.. Along belanja ke?

Sms received: Umilah. Tade duit lah. Bluek! Dah ku agak jawapannya...

Sms replied: Tgk la dulu. Br ingat nak buat ayam kurma. *Saja test market.. Ayam kurma kan favourite dia...

Sms received: Kalau bwt ayam kurma pown mana sempat. Along break kol 12-2. *frust baca! Kalau dia kata ye, ku tangguhkan hasrat ke Sekilau!

Sms replied: *Dgn muka merajuk..Macam la dia nampak!Ummi blh bawak lunch ke town. Mkn kat cafe je. 

Sms received: Kol 12 umi gi sekilau kan. Mkn luar jer lah.

Sms replied:Tgk la mcmana. Byk kerja untuk kenduri ni *Ummi merajuk ni! 

Sms received: Kenduri ape?

Sms replied: Yaasiin, tahlil, doa selamat je *org merajuk x blh type ayat panjang-panjang.. Kang tercabut touch screen ni! 

Sms received:Bila? Umah sape?

Sms replied: *yes! Dia tertanya-tanya! Kita biarkan aje dia tertanya-tanya! Sapa suh x balik hari Ahad hr tu!Tgg kat bwh je kang.

Sms received: Kol bape? Tape lah. Tayah lah.

Sms replied: *Nyampah bila dia buat ayat merajuk pula!Kul 11.15 ummi keluar beli brg kat Sehati tu.

Sms received: Then?

Sms replied: Kata nak lunch date kan? *Nak kena tangan budak sorang ni tau!Tgg je. Tp x mau ada org lain k.

Sms received: Yerla.*Perkataan... X tahan! Mesti ada hajat nak ajak orang lain tu! Umi amek eh?

Sms replied: Driver Ummi yg ambik. Ok tak?*Buat lawyer buruk jap! Akakakaka!!!

Sms received: Erk! Driver? *Akakakaka!!! Saja je Ummi x mo balas sms dia! Biarkan Ummi berangan sekejap! 

Pukul 11:30 am baru dapat keluar rumah. Tak sempat nak pi Sehati ni kang.. Dari rumah nak sampai ke bandar dah dekat 30 minit! So, jadilah Ummi F1 driver di siang hari.. Tapi F1 driver ni driver yang berhemah.. Sampai college, terus park depan pintu!



Dok menunggu depan MATA.. Mata pun melilau menanti my lunch date hari ni... X muncul-muncul jugak dia...
Sms sent: G sehati jap la. Dah 10 min tgg.
Sms replied: Erk! Sory. Dlm kelas lg. Tak perasan dah kol 12 lbey.



15 minit kemudian...
Sms received: Umi. Kalau mkn kat ecm boleh? Nak gi beli brg kat kedai buku. Macam la ECM tu jauh dari kolej! Melintas jalan aje sudah sampai!
Sms replied: Cepat! Driver dah masak dah ni!

Sms received: Owh. Okay.


Tetiba, dari celah dashboard kereta (Eh! Dashboard ni berlubang kah??), nampak mamat poyo pakai sweater coklat..
Ha!!


Tu pun dia .. Tapi dok borak lagi dengan sapa ntah! Siap kasik signal suh tunggu kat kita tu!
 Allo boyfriend!! Kita dah naik rentung tunggu dalam kereta ni sampai patplo menet tau! Sebenarnya dah pi rush ke Sehati beli bahan muffin td! Tu pun dah ambil 10 minit.. 



Lepas kena honk, baru la boleh spend masa dengan my lunch date ni... Pi lunch kat ECM Food Court aje. Tapi ada pelik sikit la.. Dia order satu air sahaja! Ye! SATU AIR SAHAJA!!!! Cam x caya aje!





Betulll!!! Boyfriend I ni,  yg tersulam nama kat atas ni di uniformnya order seflaskgelas air sahaja.. Bukan dua atau tiga macam biasa!! Terasa macam bermimpi aje! Akakakaka!!!!!!!!
 Tapi memang date hari ni macam mimpi.. Sekejap aje.. 30 minit aje kitorang dating! Waktu menunggu dia menurun turun dari kelas di tingkat atas lagi lama dari waktu bermesra! Tapi takpe.. Biar sekejap tapi ianya sangat berharga...




Lepas hantar dia ke seberang jalan kolej semula, sikit punya berdezub si F1 driver ni ke Beserah! Dalam kesesakan kereta yang rosak kat tengah jalan yang berpusu-pusu nak balik office & nak kejar anak-anak disekolah, ku kekekwatan kelewatan jua.. 


Dia x pakai baju raya pi sekolah..
Gambar ini hanyalah hiasan sahaja.
Harap maklum.
Nasib baik la budak yang bambam cute ni senyum aje masa pandang Ummi dia walaupun Ummi lewat patplo minit! Apa nak kata.. Bila dating memang terlupa detik dan waktu yg berlalu.. Akakakaka!!!

  5:24 pm.. Tengah mengadun 3 adunan muffin dengan Addeen...
Sms received: Umi. Kenduri esok eh?

Ummi jeling handphone! "Lagi mau tanya!" <--bercakap sorang-sorang

  6:00pm.. Tengah pipe adunan masuk muffin cup, tetiba Addeen menjerit. Iye.. Addeen pi depan kejap lepas 10 minit tolong Ummi. Penat tangan katanya..
"Along!!!!!! Yeay! Yeay! Along balik! Ummi! Along dah balik!"
Lepas tu dia masuk dapur.. borak sikit lebih kurang dan..
"Ok la. Along nak gi training rugby ni. Esok Along balik ek.."
  Dalam hati berkata "Urm.. Balik kejap aje! Tak sempat tunggu dinner! Tapi kat mulut lain pulak yg keluar..."Esok balik awal sikit. Jgn nak start kenduri baru nak sampai.."
  Then,  cheese kiss pipi kiri and kanan Ummi...

Moral of the story..  Dalam sunnah Nabi Muhammad SAW, ada 4 tahap dalam mendidik anak-anak.. Kami sekarang sedang melalui tahap ke-3  (15-21 tahun). Di tahap ni kami cuba untuk berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat dia selagi ia tidak bertentangan dengan syariat... Be the best friend to ur children... Tak rugi satu sen pon! 



Khamis, 18 Oktober 2012

Sama Saja!


Hari Isnin baru ni, otak masih blur nak masak apa walaupun lauk penuh dalam freezer! Kalau cakap 'blur" xde yang berani deny! So boleh lah gantung kuali & periuk. ;))  Kami dirumah dok nanti Hubby Baby balik kerja sebab dah janji dah nak dinner kat luar. Lepas solat Maghrib, semua dah siap tp yang ditunggu-tunggu belum muncul-muncul lagi....
8.30pm, anak-anak pun dah lapar, terus call Hubby Baby and tanya dia balik jam berapa sebab semua dah nak jalan merangkak dah... So, dia suruh pilih nak gi mana.. Since dah malam, kita pilih tempat yang dekat untuk dia dan kami... Picked the place and semua masuk kereta..
Dak Adik kena tutup pagar. Kang anjing & Cik B masuk kawasan rumah, susah la nanti nak samak semuanya! Owh.. Jgn terperanjat.. Kawasan perumahan kami ni mmg ada segerombolan Cik B yang memang wajib melawat kawasan di waktu malam..
Ok.. Cukup la pasal Cik B tu.. X lalu dibuatnya... Back to the story.. Adik kena tutup pagar.. Masa dia berjalan ke kereta yg aku drive Along jadi co-pilot aje  terasa nak sakat dak Adik..
Bila dia dekat dengan kereta, aku biarkan kereta bergerak... Dia dekat lagi, kereta bergerak... Dia dah mula "Ummi! Suka usik Adik!" Aku gelak aje la.. Along gelak sikit aje... Konon macho le agaknya... Kesian punya pasal sebab muka dia dah monyok kena sakat dengan Ummi! aku berhenti la.. kasi dia buka pintu & masuk. Then aku tekan minyak... 
"Eh! Apsal kereta ni x jalan?"
Aku tekan pedal minyak lagi sekali.. Memang x gerak la...
Tiba-tiba dak Along gelak! Gelak dengan sepenuh hati pulak tu!
Terus aku tengok papan pemuka and "Aduh! 'N' rupanya!"
Rupanya Along tukar gear masa aku sakat dak Adik tadi!
"Ha! Ummi ni! Pandai sangat gelak kat Adik. Kan dah kena gelak!"
Diaorang bertiga dok seronok sungguh sampai macam nak pengsan gelakkan Ummi!
Urm.. Memang serupa aje mak dengan anak!

Sepanjang jalan ke Sara Thai Kitchen, Balok, Along dok ulang dan ulang lagi kejadian tu.. Sampai di Sara Thai, Addeen seperti biasa, akan lari pi tempat lepak favourite dia.... di pelantar anjung restoran.. Pelanggan dah tak ramai dah.. Al maklum la.. dah dekat jam 9 malam.. Tambah-tambah lagi tengah-tengah bulan, memang x ramai pelanggan. Termasuk kami, hanya ada 4 group saja, termasuk la satu group ni pekerja restoran...
Ummi dah habis credit, so dia kena sms Abah..
Kami terus order makanan.. Nak tunggu Hubby Baby sampai, entah jam berapa entah.. Memasing perut dah ber Keroncong Untuk Ana dah...
"Dik, kasi nasi putih satu, nasi goreng cendawan satu, nasi goreng pattaya x pedas & tak mau sos atasnya, sotong celup tepung untuk 2 orang..
Along mencelah " Nasi goreng biasa satu, ayam paprik dengan tomyam seafood. "
Aku tambah lagi, " Ayam gajus satu, tauhu telur  cendawan untuk 2 orang, tomyam seafood untuk 2 orang. Yang tomyam seafood tadi tu cancel ek. And sup cendawan untuk satu orang saja".
Deretan air pulak, air laici, teh o ais limau, air epal, kopi gelas, carrot susu 2 dengan satu teh o panas kurang manis gelas"..
Dan seperti biasa, soalan "Air ada 7 ni..." 
Dan dia ulang makanan yang diorder & pandang kami macam.. "Biar betul diaorang ni makan!"
Sengeh aje la...
Tangan kiri masih dalam pemulihan... 
Tak sampai 5 minit, makanan mula dihantar dan dihidang.. Hubby Baby masih belum nampak kelibat lagi. . 

Dak Adik yang comel..cam Umminya jugak. AHAKS!
Macam-macam aksi la budak-budak ni buat.. Along sibuk dengan smsnya.. Sambil-sambil tu berbual dengan kami. Sambil-sambil tu jugak dok menyakat adik-adiknya.. Oh! Lupa pulak.. Kakak takde masa ni.. Dia kat asrama..... Dak Adik pulak jadi mangsa sakatan utama dak Along.. Kasihan dak Adik....

 His favourite 'playground..
Addeen tak lapar pun sebab dia  makan Butterscotch bread & bran bread dr lepas lunch lagi tanpa henti.. Jadinya dia sahaja yang masih bertenaga untuk bermain di penghadang pelantar berukir tu.. Suka hati la Labu....

"Ha? Tgk org meeting?"
Anak pun confused!
Hubby Baby masih belum nampak kelibat lagi. Along call Abahnya dan "Kejap. Abah tengah tengok orang meeting ni".
Ha? Tengok orang meeting???? Selalunya dia masuk meeting tapi malam ni pelik sikit sebab dia hanya tengok sahaja.. Suka hati la... Tapi perut kitorang masa tu memang dah tak suka dah! Lapauuuuuu!!!!!

7 gelas air untuk kami berlima..Biasa la tu...
Mana makanan?? Tak boleh tunjuk.... Takut u all pengsan aje!

9.15pm baru le Hubby Baby sampai.. Kami dah 85% selesai makan.. Tinggal tengah ratah-ratah lauk saja. Kami layan la tetamu istimewa yang baru sampai tu sampai dia selesai makan.. Belum sempat selesai, Along dah minta balik dengan adik-adiknya.. Kan Ummi mesti nak naik kereta dengan Abah...Sebenarnya dia boring tengok Ummi & Abah yang macam pengantin baru.. 

Sara Thai Kitchen memang tempat kami bila masa- masa terdesak... Banyaknya masa yang terdesak itu sampai gunakan perkataan berganda! Tapi memang puas hati dengan makanan disini. It's another favourite spot untuk bawa sahabat handai dan family yang datang menjengah kami atau singgah Kuantan...
Sapa-sapa datang Kuantan, sila jangan segan-segan cari SARA Thai Kitchen ni.. Ada 3 cawangan di Kuantan. Satu di Jalan Besar, Satu lagi di Jalan Gambut & yang kami selalu pergi (since dia bukak tengah tahun ni) ialah di Balok.. Tempatnya lapang & sangat santai. Parking pun luas. Kalau ada anak kecil, memang sesuai la.. Nak lari, nak tergolek, nak hide and seek pun boleh! Kalau masakannya sesuai dengan tekak, jangan lupa datang lagi!
Err... Sara Thai, x mo kasik diskaun ke untuk kitorang?? ;P

Point penting n3 ni ialah, MAK BOREK, ANAK RINTIK.. Sama aje perangai dia dua beranak!

Selasa, 2 Oktober 2012

Aku Bukan Malaikat....

Aku bukanlah malaikat...
                   Aku hanya seorang manusia, hamba Allah yang sangat tidak sempurna. Ada waktunya aku mampu menjadi sangat penyabar... Ada waktunya aku menjadi bagaikan remaja yang berhibur ke bowling alleys. Ada waktunya aku ingin dibelai bagai kanak-kanak ribena. Ada masanya aku bagaikan seorang guru disiplin yang cuba mendisiplinkan anak-anak, dan (kadang-kadang) suami sendiri. Ada masanya aku menjadi The Incredible Hulk yang berubah menjadi hijau dan mengamuk.. Ada masanya aku x mampu nak kawal kemarahan itu. Mungkin kerana aku jenis yg terlalu nak menjaga hati orang-orang yang aku sayangi dan aku cintai...
Buruk la rupa The Incredible Hulk ni..
Aku Hulk Gigirl yg jelita ;P

               
                Ya Allah.... Bila aku sedar yang selama ini aku terlalu banyak menyinggung hati-hati mereka, aku berazam untuk menghentikan ia... Alhamdulillah, aku berjaya.. Tapi hidup ini bagaikan roda.. Ada masa kita menyinggung dan ada masa kita disinggung... Pada aku, jika yang menyinggung itu adalah masyarakat sekeliling, tidak aku peduli kerana mereka juga seperti aku, tidak sempurna. Tapi bila aku disinggung oleh orang terdekat, pedihnya hati.. Namun, dah aku sematkan dalam hati untuk menelan semuanya... Allah sahaja yang mengetahui apa yang bergelodak dalam hati...
                  Ahad lepas aku tersangat marah pada anak-anak.. Katil dan bilik sendiri tidak dikemas selepas pulang dari kelas Tahfiz. Setiap minggu pun begitu.. Satu Ahad, satu paku tertimbus dalam hati.. Aku cakap elok-elok. Aku tegur elok-elok. Sampai kali ketiga ditegur dan disuruh pun, masing-masing masih tergolek-golek bermain dan membaca novel... Sudahnya, bila Hubby Baby pulang dari kilang dan bertanya kenapa, aku menangis tapi masih mengetap bibir dan mulut masih ku kunci.. Aku tahu dia masih penat selepas bekerja setiap hari, menguruskan Majlis Muhibbah untuk KRT kami dan Ahadnya terpaksa ke kilang sebab ada masalah yg perlu dia selesaikan. Bila diasak, aku menangis dan dia terus bertanya dan bertanya dan terus bertanya...
Next time, I want this Aston Martin to go for a spin..
Is that possible?????? ;P
                 Kesudahannya, Kakak, Adik & Addeen dirotan kerana tidak mendengar kata Ummi mereka walau dah berkali-kali disuruh... Aku, pada jatinya memang seorang yg sukakan kelasakan, went for a spin.. Aku betul-betul spin atas jalanraya.. Bukan kemana pun untuk tenangkan hati tapi aku keluar memandu..  Vios bergerak selaju 160km/j di Lebuhraya Pintasan Kuantan-Kuala Terengganu .. Dari rumah, ke Batu 10 dan ke rumah semula.. Kurang 30 minit, dah sampai di Damansara semula (biasanya aku memerlukan 40  minit pergi untuk ke destinasi yg sama dan 40 minit lagi untuk ke rumah semula..). Sebelum ke rumah, aku berhenti di Cahaya Mart untuk beli ais- krim kegemaran Hubby Baby dan anak-anak serta roti sebungkus....
                  Sesampai di rumah, aku baring di atas sofa sambil membaca majalah Al-Ustaz sementara menanti Asar. Sebaik Asar, aku tunaikan kewajipanku padaNYA dan aku baring (berlakon seperti tidur kerana kepalaku sangat sakit). Kakak menjengah ke dalam bilikku sebelum pulang ke asramanya.. Dia lihat aku sedang tidur dan dari hujung katil dia bercakap kepadaku "Ummi, kakak balik asrama dulu. Ummi jaga diri. Kakak minta maaf sebab tak dengar cakap Ummi tadi. Kakak sayang Ummi. Assalamu'alaikum.." dan pintu tertutup dgn perlahan... Sebak rasanya tapi aku agak keras hati bila aku marahkan anak-anak. Aku tak suka nak 'buka mulut' semasa sedang marah sebab aku takut akan keluar perkataan-perkataan yg tidak sepatutnya... Tapi hatiku memamng sangat sebak bila mendengar kata-kata Kakak..
                   Sebaik Kakak masuk ke dalam kereta, aku dengar bunyi motor.. Along balik...
 "Ummi mana?" Along bertanya..
"Ummi tido dalam bilik. Jangan kacau Ummi" terdengar suara Addeen menjawab...Urm.. Addeen pun tahu, jangan kacau Ummi kalau Ummi marah.
                   Aku terus mengkakukan diri diatas katil. Hubby Baby pulang & duduk di hujung katil pun, aku masih terkaku memeluk bantal peluk dan kepala bagaikan daging burger yang dikepit roti.. Lama juga dia duduk disitu menghadap laptop dan lama juga hatiku menjerit-jerit ingin dipujuk... Tapi aku tahu, Hubby Baby sendiri tak tahu bila masa yg sesuai untuk memujuk aku bila dalam keadaan yg sebegitu........
                   Aku dah kata, AKU BUKANLAH MALAIKAT.... Ada masa aku hangin macam orang lain juga! Dan bila aku hangin, aku hanya nak stering kereta sahaja! And  let me have that spin......

                 أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي     أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي   أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي
                  أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي     أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي   أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي

Sabtu, 14 Mei 2011

Thanks PIBG!

Tenangnya SHAH.. Xde bunyi pun walaupun ada lebih
dr 650 orang yg ada dalam bangunan2nya...
Hubby Baby ada meeting di SHAH pagi tadi..Since dia dah nyatakan kehadirannya hampir 3 minggu lepas pada Setiausaha, nak tak nak dia terpaksa pergi..Terpaksa deal dengan big boss.. Lagipun Ajk meeting yg lepas dia tak dapat pergi sebab kesibukannya bekerja juga... So, aku ambil peluang untuk ikut sekali.. Anak-anak pun ikut sebab hari ni kelas tambahan pun takde kat sekolah diaorang... Ada chance jumpa anak! Sayangnya, Along ada class sampai 12:30 tghari.. So, kami berempat pergi memabukkan diri di awal pagi Sabtu... Selepas tu, drive balik ke sekolah. Hubby Baby kata "meeting PIBG mesti dalam 2 jam aje.. " tapi kami dah tawaf sekolah tu sampai 10 kali! berpeluh sakan dah sebab hari panas.. Mana taknya..dah pukul 11 masa tu!
Sejam menunggu, kami dah lapar dan dah haus sesangat! Air masak yang aku bawak pun dah menjadi rebutan sehingga ke titisannya yang terakhir! Nak beli air kat canteen, mana aku ada duit.. Kan purse dah tertinggal kat rumah! Mabuk-mabuk dengan tudung tu pun dah habis kutip duit dalam kereta dah!

 So, apa lagi? Posing lah!
Belakang Anjung Ilmu... santai-santai dengan ikan-ikan dalam kolam...

 Dah penat merayap! Jom dok kejap dalam kereta...

Di Laluan Tokoh.... Ramai rupanya tokoh yang lahir dari SHAH ni..


 Takde kerja dah ni.... Jom juling-julingkan bijik mata!

 Where Excellence Is Created!

 Bosan. Penat. Letih, Lapau. Haus... semua ada! Berapa lama lagi daaaa?????

 Sesatkah anda?? Meh tengok kat peta sekolah ni!
 Sorang Negaraku, lagi sorang lagu SHAH.. Minah berbaju kurung ni plak mestilah lagu Pahang! Cuba tengok warma baju kurung! Hitam Putih!

 Segarnya pokok-pokok kat depan office... Eh! Office sekolah kat tingkat atas daaa....

 Dah boring, dok kat Anjung Siber SHAH.. Godeh-godeh computer, eh! Leh bukak pulak! Layan FB jap...

Tetiba sms menjerit mintak dibaca.."pegi makan dengan anak. sini ada jamuan"
Aku balas "Cheh! Kan dah kasik tau..duit dah abis... "
Dia balas "Mari amik duit"... Dapatlah RM100 untuk lunch..

Then pi cari Along kat asrama... Melilau mencari sebab PA system asrama merajuk lagi! Letih mencari sebab semua orang baru balik asrama.. Ada yang kat dorm, ada kat surau, ada kat DM dan ada juga yang baru balik dr sekolah... Tiga empat orang aku minta tolong panggil Along di tiga empat tempat tapi dia takde... Rupanya budak Bio belum balik dr lab! So, merayaplah aku dengan Addeen sampai kat surau.. Nampak la senior2 ni dengan baju batch diaorang baru balik dari sekolah.... Terjumpa jugak kengkawan yg rapat dengan dia.. Borak kejap... Kepoh-kepoh sikit pasal Along punya progress kat sekolah.. Biasa le.. Kekadang kena tanya-tanya jugak dengan kawan-kawan yang banyak spent masa dengan dia kat asrama ni..
Bila dah jumpa Along, nak tergelak aku dibuatnya! Kenapa?? hehehehehe...

So, drift le ke KFC lepas hantar kad outing yang dah disign warden pada Pak guard sekolah.. KFC plak ramai rakyat! Beratur aje la aku dengan Along... Masa tengah tunggu diaorang prepare makanan kami, Hubby Baby call.. dah siap dah.. So, aku lari le kejap ke SHAH balik...
"Yang, Along outing tu.. Jangan pressure dia ye sebab dia nak beli barang.." kata aku..
Aku tahu, Hubby Baby nak kena pergi plant tapi aku nak biar Along beli barang keperluan dan buku-bukunya dengan tenang...  So, dia call SM dia dan kata masih ada hal dan masih di Pekan.. Akan cuba sampai di kilang dalam pukul 4pm...So, kami makan la...

 Cuba tengok rambut Along.. Dah kontot! Kena potong dengan cikgu sebab rambut tengah tu agak panjang dr sepatutnya.. Trend bubudak sekarang.. mesti nak ada pacak-pacak kat tengah tu! Macam jaws! Kan dah kena tebas!
Makan..makan.... Makan.... Lepas tu gi Mydin kejap, beli barangan keperluan Along.. Then pergi Men Men Bookstore.. Banyak jugak buku dia sapu! Tak apa..anak nak belajar, jangan ditahan-tahan... Sediakan aje duitnya.. RM160... Hehehehe... tiga ratus dah terbang untuk Along.. Tapi, tak apa...
Lepas tu, terus aje hantar dia balik ke asrama... Salam-salam..Kiss kiss.. dan vroom ke Kuantan semula... Hubby Baby cerita pasal meeting yang banyak membuang masa sehinggakan dia pulak yang dok selamatkan masa.. sebab dia nak rush ke kilang balik! Sampai rumah kul pat dah.. Solat dan dia terus pergi kerja.. Aku? Aku missed my scheduled physio session sebab nak spent masa dengan suami dan anak-anak.. It's worth it! Senin nanti leh pergi...

I spent a quality 2 hours with my loved ones.... Alhamdullillah.. Thanks PIBG! If not for you, he will be busy at the plant today and the following 15 days to come!

Khamis, 12 Mei 2011

Kalau demam, apa nak buat???



Kalau ke sekolah, kenalah pakai baju..hehehehe
Masa kekecik dulu, kalau budak-budak demam, mesti orang tua kita selimutkan kita setebal mungkin dengan tuala basah di dahi... Kita jugak dilarang daripada mandi.. Dan kita taat aje pada apa yg mereka suruh..dok dendiam!

Bila aku memiliki anak sendiri, lain pulak cara yang aku lakukan.. Atas nasihat Hubby Baby juga, aku akan mandikan anak sekerap yang mungkin. Memang menangis la dia... merayu-rayu supaya tak dimandikan... Tapi Umminya ni kan ke degil.. Buat pekak telinga aje... Selain itu, aku akan tekap tuala basah (tepid sponging) di setiap celahan dan permukaan badan anak.. Dan dia akan aku letakkan dibawah pusingan kipas yang ligat serta tanpa berbaju.. Kakau dah besar, aku pakaikan baju yang nipis sahaja... Bila dah ada air-con dalam rumah, yang demam akan disuruh duduk dalam salah satu bilik yang berair-con...

Pastikan tak ada payung dalam bilik mandi korang!
Ramai yang kata aku kejam... Tapi tahu tak apa yang doktor-doktor akan buat pada baby yg demam? Masa Along baby, dia dirawat oleh Dr Zainal Abidin, pakar kanak-kanak di Straits Hospital dan kini di Hospital Putra, Melaka. Bila temperature terlalu tinggi, Along akan dilap dengan tuala dan kemudian dimandikan oleh misi-misi disana atas arahan doktor. Setiap kali Along demam , Dr Zainal juga akan ingatkan kami untuk mandikan dia dengan air paip sahaja...

Sampai sekarang, pakar kanak-kanak adik-adiknya, Dr Siti Nor (Kuantan Specialist Hospital) akan tegur jika berbaju sejuk ke clinic.... Ada orang tua yg masih marah pada aku melihat cara aku dan Hubby Baby merawat anak2 kami yg demam panas... Tolonglah jangan marah.. Apa yg kami buat adalah untuk kebaikan anak-anak kami juga..serta anak-anak lain yg kami sampaikan cara ini kepada ibubapa mereka... Tak percaya???

Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda:
Sesungguhnya demam adalah drpd percikan api neraka,kerana itu sejukkanlah badan yg demam itu dgn air,atau baginda dengan kata lain adalah air zam-zam. Bagaimana caranya? Begini, renjislah air kepada tubuh atau berendam di dalam air.
 Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda:Apabila salah seorang drpd anda demam,hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak tiga malam pd waktu sahur. 
 Daripada hadis Nafi’ bin Jubir,katanya Rasulullah s.a.w bersabda:Apabila salah seorang drpd anda demam,sesungguhnya demam itu adalah sebahagian drpd api neraka,hendaklah memadamkannya dgn air sejuk.Hendaklah berendam dlm sungai yg mengalir,mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x,7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi drpd 9x InsyaAllah..

Tapi, ada caranya.. Mulakan jirusan air dari hujung kaki. Kemudian perlahan-lahan kita jirus lagi sampailah ke kepalanya... Bila dah sampai kepala, aku akan dudukkan anak dibawah pancuran air beberapa minit... Memang ..bibirnya akan agak biru dan menggigil-ngigil menangis.. Tapi pekakkan telinga dan keraskan hati aje! Aku sanggup buat apa saja supaya anak-anak sihat!

Khamis, 5 Mei 2011

Hilang Semua Sekelip Mata...

Cukup terseksa rasanya bila terpaksa berjauhan dengan anak. Tapi jika kehilangan semua anak seperti Wan Azleela Wan Abdullah ni, adakah lagi perkataan yang mampu dituturkan???



MERATAPI PEMERGIAN... Ibu kepada tiga adik beradik yang lemas dihanyutkan arus deras di Hutan Lipur Ulu Bendul, dekat Seremban, kelmarin, Wan Azleela Wan Abdullah, 32, menangis ketika menatap wajah dua daripada tiga anaknya, Nurshaza Alisa dan Nurshaza Azira ditenangkan abangnya, Wan Aziz Wan Abdullah, 38, dan ibunya, Halijah Ahmad, 69 (kiri), di kediaman abang iparnya 
di Senawang, semalam. - Foto Owee Ah Chun





Kisahnya begini




Aku terdiam tanpa suara.. Aku menangis tanpa airmata.. 


Al-Fatihah buat roh-roh mereka, anak-anak kecil yang suci ..




Dalam Surah AT-TAGHAABUN, ayat 11



مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ إِلا بِإِذْنِ اللَّهِ وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Tidak ada sesuatu musibahpun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. 

Dan aku juga ada terbaca sebuah blog...
Dari Abu Said al Khudri r.a. katanya:

Beberapa orang wanita memajukan permohonan kepada Nabi:

"Kami tidak memperoleh waktu belajar dari Anda karena semua waktu telah diisi oleh pria. Oleh karena itu sediakanlah barang sehari untuk kami agar kami dapat pula belajar"

Maka Nabi menjanjikan kepada mereka suatu hari khusus untuk pengajian wanita, dimana Nabi mengajar dan menyampaikan perintah-perintah Allah.

Antara lain beliau bersabda:
"Barangsiapa di antara kamu kematian tiga orang anak, menjadi dinding baginya dari api neraka"

Mudah-mudahan ibu ini tabah dan redha dalam menghadapi dugaan Allah yang sangat besar dan berat ini...

Selasa, 19 April 2011

I AM BUSY LIKE A BEE...

I AM BUSY LIKE A BEE...
A WHOLE WEEK, MAYBE?


I AM BUSY LIKE A BEE..
HOW COULD THAT BE??


I AM BUSY LIKE A BEE...
I NEED TO SEW  2 PANTS, MAYBE..


I'LL BE BUSY LIKE A BEE..
3 BAJU KURUNGS WAITING FOR ME..


I AM SURE TO BE BUSY...
HOPING THE HOUSE WON'T BE MESSY..

UNTIL THEN, I WILL BE BACK..

WHEN EVERYTHING ARE READY TO BE PACKED..




Selasa, 22 Mac 2011

Anak ...

Setiap kali aku baca blog Elis mesti airmata mengalir...

Setiap kali membaca isi hati seorang ibu yang menanti dengan penuh harap akan anaknya dapat didakap semula....
aku hiba.. aku sebak..

Aku sendiri, 
bila anak jauh dari aku, tak lena aku dibuatnya...
bila anak tidak didepan mata, aku terbayang-bayang akan dia..
bila waktu makan, aku ternampak-nampak dia duduk di kerusinya makan bersama kami....

Inikan pula Elis yang sudah 2 tahun tak melihat kelibat anaknya..
Sudah 2 tahun dia tak dapat tatap wajah anaknya...
Dah 2 tahun dia tak dapat peluk anaknya..
Cukup 2 tahun dia tak dapat dengar berbicara...

Luluh hati ini..Berat mata aku yang membaca dan melihat keadaan Elis melalui kata-kata di blognya, berat lagi bahunya yang memikul kedukaan itu.. 

Aku berdoa supaya hati bekas suaminya berdetik untuk bawa Ferris berjumpa dengan Ummienya... 
Aku berdoa semoga Elis akan terus tabah dan tidak berputus asa walau berapa lama pun masa yang diperlukan mudah-mudahan waktunya akan sampai tak lama lagi...
Aku pohon padaNya supaya Ferris terjaga keislamannya walau dimana jua dia berada.... 
Dan aku yakin, Ferris dapat merasakan kerinduan  yang terpaksa Elis tanggung terhadapnya selama ini.. kerana ikatan seorang anak dengan umminya tak akan terhapus walau berapa lama pun mereka terpisah jauh...

Elis must be missing this moment damn much!

Selasa, 8 Mac 2011

Tak Terkata..

Hari in hari jadi Along yang ke 17...

Tapi Along di asrama..

Masa sarapan tadi, Batrisyia kata...

"HAri ni hari jadi Along, kan Ummi"

Addeen pulak kata..

"Addeen tahu..hari ni harijadi Along.. Ummi buat cake tak?

Nanti kita boleh surprise kat Along, kan"

Gggggggrrrrrrrrr!!! 

Kalaulah diizinkan memang Ummi nak drift kejap ke Pekan dengan cake dan hadiah(?)

Kalaulah diizinkan memang Ummi nak cium pipi dan peluk Along sekuat hati...

Kalaulah diizinkan, Ummi nak ucapkan "Selamat Hari Jadi, Long. Jadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat ye. Ummi sentiasa doakan yang terbaik buat Along"

Tapi, Ummi tak dapat lakukan semua itu..

Kerana Abah pasti kata "Tak payah cakap pun  Along boleh 'dengar' kat sana.."

Tapi setakat 'mendengar' sahaja tidak sama dengan mendengar ucapan dari Ummi...

Dan sekarang, Ummi terkunci kata, kerana Ummi tak diizinkan untuk kesana..

Dan adik-adik pula sentiasa tolong 'ingatkan' Ummi yang hari ini harijadi Along yang ke 17...

Tak terkata-apa-apa...Terkedu sepanjang hari..

Jumaat, 4 Mac 2011

Unimaginable...

I've always followed this case.. 
The first time I read I the newspaper, I thought, this is just an internal matters.. 
He will be reunited with his mom soon....
But it's been more than two years since she last saw him...
And it's been two years ago since he last kissed and hugged her...
2 days being away from my kids , unable to hold them, kiss them is such a heart breaking for me...
And I can't imagine the pain she has to go through all those seconds, ticking by her ears.
Her heart stopped every passing moments without him...

7th Dec., 2003
Putrajaya Hospital
It was the ultimate time in a mother's life..
giving birth to her pearl of life..

Bathing time is a joy for him...and also a still memory for her now...



A 'full of life' toddler... 

Experimenting new things in life....
Touching the sand and feeling them...

A froggy in the rain...

Lopaking experience in life...


Ummie was overjoyed having to watch him blowing his 5 candles with families around them.
They were showered with tonnes of love in Malaysia

An adorable boy in baju Melayu.
Hope his faith is guarded by Allah and he comes back as a Muslim soon...

Ferris Mokhtar van de Ven....
Your Ummie misses you so much and she's praying hard for your homecoming...

She's doing all she could to have you in her arms again..

“Banyak kenangan yang dilalui kami bersama yang tidak dapat dilupakan dan paling tidak dapat dikikis dari ingatan saya hingga masih terngiang-ngiang di telinga adalah jeritannya tidak mahu berpisah dengan saya ketika diambil oleh bapanya."


"i've been crying since the day after my son has been taken away, non of a second i feel happiness..i have punished and blamed myself for every second i could feel even just a piece of it! i am grieving for the lost...BUT, it isnt bcos i have regret tht i didnt give him my love or treated him bad, I cry bcos, I DONT WANT TO MISS ANY FRACTION SECONDS OF HIS GROWTH AND HE DESERVES MY LOVE, bcos, i am the mother...he has been with me since just a few second of the fetus started to grow in my womb..."
For my baby ~ Ferris Mokhtar van de Ven;
..for all my love, my heart and soul..all belong to you! This is how ummie love you - higher than a mountain, wider than an ocean ~


A mother's love is the greatest in this world. 
And Allah loves you, undeniable...
Allah is listening to your prayers..
Insyaallah, He will send Ferris back to your arms, one day..soon..

* Trying to start and finish this post is a heart crushing for me... As I am a mother who would do everything and anything to being able to watch my children grow and to love them all passing moments...