CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Selasa, 19 Julai 2011

Roti Lapis Berdaging Yg Menambahkan lagi Lapisan !

Bila berpuasa, dah tak tahu nak lapiskan perut dengan menu apa. Ternampak pulak seorang kakak ni buat menda alah ni.. Bahan-bahan pulak memang dah ada sejak beberapa hari.. So, jom le! Makan hidangan ni, tak perlu lagi nak masak nasi berlauk-pauk lagi dah... Kenyang tau! Tambah berlapis pulak perut ni lepas makan tu..



ROTI LAPIS BERDAGING


                                                                3 biji ubi kentang - dadukan
500 gm daging cincang@ daging kisar Ramly
1 biji bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
2 sudu besar serbuk kari daging - tambah lagi kalau nak pedas
3 sudu besar minyak untuk menumis
12 - 14 keping roti putih 
500 ml susu segar
3 biji telur
garam secukup rasa
parutan mozarella cheese @ kepingan chedder cheese @ kedua2nya pun boleh
marjerin untuk lenser loyang @ bekas kaca tahan panas
* 1 batang carrot- dadu
2 biji tomato - dadu
1 pack cendawan segar - dadu


Cara Penyediaan:-

1. Tumis bahan kisar hingga layu dan naik bau. Masukkan serbuk kari, ratakan.
2. Masukkan daging kisar dan ubi kentang. masakkan sampai daging agak masak.
3. Masukkan carrot, tomato & cendawan segar. Biar sampai carrot 1/3 masak.

4.  Tutup api dan ketepikan ia.
3. Sementara itu, pukul telur, susu dan secubit garam hingga sebati.
4. Masukkan kesemua roti tadi dalam adunan susu. Ramaskan roti hingga hancur dan bahagikan kepada 3 bahagian.
5. Sapukan margerin pada permukaan loyang @ bekas kaca tahan panas.
6. Masukkan 1/3 bahagian roti tadi, ratakan. Kemudian masukkan 1/2 inti daging tadi, ratakan. Letakkan kepingan cheddar cheese diatasnya.
7. Kemudian masukkan lagi bahagian roti hancur tadi. Ratakan dan masukkan baki inti daging tadi dan ratakan jugak. Letakkan lagi kepingan cheddar cheese di atasnya
8. Akhir sekali tutup dengan baki akhir 1/3 roti. Taburkan parutan mozarella cheese diatasnya.
9. Bakar dengan api sederhana 160'C , 30 - 45 minit @ hingga lidi yang dicucuk bersih tanpa sebarang adunan yg melekat padanya.


Lepas dah siapkan, terlupa pulak nak panaskan oven.. So, adunan yang dah siap ni terpaksalah dok rehat kejap... Bila tengok parutan mozarella tu, gerammm rasanya! Tak sabar nak berbuka pulak! hehehehe

.
Ni hasilnya lepas keluar dari oven! Payah sikit sebab guna bekas bulat tinggi gini... Lain kali kena guna bekas empat segi tu aje.. Tapi memang kenyang sungguh! Tak caya?? Cubalah masak & makan bersama keluarga~~~ 

Sabtu, 16 Julai 2011

Bёґ'ЦИGКЄP AУAм' Кїтa!

Sedap juga Ungkep Ayam ni.. Ada yang kata macam rendang tapi sebenarnya rasanya dah lain.. Mungkin resepi orang lain lebih kurang macam resepi rendang tapi aku punya, memang lain rasanya.. Sebab aku banyak gunakan daun ketumbar segar.... 


UNGKEP AYAM

1 kg ayam, dipotong kecil
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar, dihiris bulat
2 batang serai, diketuk
1/2 cawan minyak masak
garam dam perasa secukupnya
1 hiris asam keping
air secukupnya

Bumbu (rempah ribu ratus di kisar)

2 ikat daun ketumbar segar - ada yang guna 2sb serbuk ketumbar  
3 sudu besar jintan putih
3 sudu besar jintan manis
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar (merah)
10-15 biji cili padi  -Kalau tak mau pedas, jangan gunakan cili padi
4 ulas bawang putih

Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bawang besar dan serai hingga naik baunya.
Masukkan bumbu kisar sehingga garing.
Masukkan potongan ayam dan gaul sebati. Biarkan ayam itu sehingga separuh masak. Masukkan asam keping dan 1 1/2-2 cawan air. Biar mendidih.
Masukkan garam ikut suka. Kalau nak masukkan gula pun boleh tapi aku tak masukkan gula..
Matikan api dan hidang dengan nasi panas bersama ulam sudah memadai...
Aku hanya hidang dengan baby buncit buncis mentah saja..
Sedappppp..... 


Selamat makan lunch hari ini & Selamat berbuka puasa pada yg berpuasa cam aku~~~

* Post ni dah aku schedulekan..Masa ni, kami sekeluarga sedang bergembira di A Famosa Water World  Melaka, bersempena Family Day 2011 company Hubby Baby....;P 

Jumaat, 15 Julai 2011

A Family Day Wihtout One Family Member???

This year will be an odd Family Day celebration for us. We'll be attending but we are lack of one family member.. For 17 years, we went as a family of three. Later, as a family of four. Then, a family of five. For the past 5 years, we've been attending it as a family of six.. But this year, only the five of us~~~


Who won't be with us during this occasion?? The boy in black t-shirt & batik shirt holding some red notes will be left with his friends in his boarding school... Huhuhuuu.. I just wished he will be able to be with us but none of his teachers allowed it to happen... He is too busy with his preparation for his SBP SPM Trial Exam... 

Along, we'll attend the 2012 Family Day and I'll make sure you will be hilarious celebrating it with the rest of us..


To will is to select a goal, determine a course of action that will bring one to that goal, and then hold to that action till the goal is reached. The key is action...Micheal Hanson 
Missing him badly!
Pst! We're on our way back to Melaka... Then heading off to A'Famosa WaterWorld

Khamis, 14 Julai 2011

Wordless Thursday #4

Zikir Di Hari Khamis

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِے سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ 

Maha Suci Allah Yang Maha Besar dan puji-pujian kepadaNya.. 


Sabtu, 9 Julai 2011

Bila Panas, Jom Meh Sini!

Rutin aku setiap dua kali sehari sejak diperkenalkan ialah berada di tempat ini pada waktu tengahari, semasa matahair berada di atas kepala....Bukan saja-saja nak pergi sini tapi mencari sayur-sayuran segar yang dibawa terus dari Cameron Highlands ke pasaraya ini. Pasaraya ini adalah sebuah bangunan bersebelahan Shell Beserah saja..

Kenapa aku suka ke sini?? Nampak tak pakaian pekerja-pekerja yg bekerja di bahagian barangan basah & sayur-sayuran ni?? Ye! Mata anda tak disihir.. Memang mereka memakai pakaian tebal berbulu! Ini adalah chiller terbuka yang terbesar di Kuantan ni.. Giant bukan chiller ke? Bukannn... Kat Giant tu cuma berair-con sahaja, bukan chiller.. Tambah lagi..aku rambang mata bila berpusing-pusing tawaf satu chiller tu.. Berbagai jenis sayur yg ada disini.. Dari  pudina, mushroom, sampai ubi kayu pun ada! Dan yang penting, semuanya segar!


Macam-macam jenis sayuran yg ada kat sini.. Barangan basah pun ada pelbagai pilihan... Dari siput sedut sampai le sotong rendam..semuanya ada... Tapi aku masih tetap memilih Pasar Segar Beserah untuk mendapatkan barangan dari laut... sebab kat sini, kebanyakannya dah bercontact lens! Sorry ye.. Aku hanya menyediakan makanan dari bahan-bahan yang segar sahaja untuk suami dan anak-anak...

 Korang kenal tak ibu kunyit?? Itulah ibu kunyit... Khasiatnya??Setiap kali lepas bersalin, aku pasti akan dihidangkan air kunyit untuk dihabiskan.. Tak banyak pun..Biasanya separuh cawan sahaja...Air kunyit ni elok untuk pembersihan darah.. Kalau masa period, jangan minum plak sbb nanti bleeding akan jadi lebih heavy... Camne nak sediakan dia?? Mmm.. nanti lah.. Aku buatkan entry untuk itu..

Segar tak daun sup ni?? Daun sup semuanya tegak dgn sendiri..Lepas tu daunnya sangat segar! buat hatiku tertawan untuk membeli seikat... Murah aje.. 40 sen sahaja.. Iyee.... 40 sen aje!

'Baby Addeen' dengan 'Baby Buncit' dibelakangnya.. Baby buncit?? Dia aje yg panggil Baby buncis tu dgn baby buncit!

Di depan bangunannya ada sebuah warung yg menjual cendol, cendol pulut, cendol campo, ABC, ABC campo, mee goreng mamak dan rojak...
 Addeen menunggu mamak hantar cendol yang dia order....
"Cute tak Addeen?" tanya dia
"Cute...cam Chipmunks!" kata aku.. 

Tengah buat muka cute, cendol pun sampai... Addeen mintak cendol biasa..ok la... Tak berapa manis... 

 Addeen begitu berselera makan cendol... Panas laaaa.....

Rojak yang bagi lidah Melaka aku ni, agak manis! Tapi ia adalah rojak yang paling kurang manis pernah aku makan dalam Kuantan nih!

Aku recommend sayur-sayuran dan buah-buahan kat sini.. Masih murah... Tp ada section dimana dikumpulkan semua buah-buah dan sayur-sayuran yg sudah kurang segar dan dijual dengan harga yg lebih murah dr harga biasa pasaraya... Yang pasti, setakat ni kalau nak cari sayur yg segar, jom pi LYC Plantation...

Jumaat, 8 Julai 2011

Roasted Lamb Shank (Kaki Kambing Bakar)


Lamb Shank ke ni??? Iye.. Cuma x sempat hidang elok-elok, Cik Mat yg memang suka sangat dengan kambing dah kidnap! Tak apa la.. Janji semua puas hati... Senang aje membuatnya... Sila... Silakan masak lamb shank ni untuk suami dan anak-anak di rumah....


My Roasted Lamb Shank 

A whole lamb shank
30 gm anise 


30 gm cumin 
40 gm black pepper 
2 Lemon @ lime 


Honey @ Brown sugar
Salt to taste

Clean and toss the lamb shank. put aside.


Ground the  anise, cumin & black pepper corns till fine.
Rub the grounded spices on the lamb shank.


Press the lemon @ lime all over the lamb shank.
Pour over the honey evenly .

Sprinkle the salt over.
Marinate it for 3 hours in a pan & cover it with aluminium foil. I marinated it for 12 hours!
Heat the oven at high temperature & push the pan in.

Heat the oven on medium@ low temperature and let it cook for 1 1/2 hours or 2 hours.
Let it set for 10-20 minutes before serving.
Serve it with baked potato @ mashed potato and some blanched vegetables or with plain white hot rice.



My Sauce~~~

1/2 cup cola carbonated drink
1/4 cup ketchup
1/2 onion, minced
garlic powder to taste
1/2 teaspoon hot pepper sauce, to taste


 Scoop half of the oil out of the pan used to roast the lamb shank and heat it. 
Throw in the onion till brown.


Pour in the ketchup, cola carbonated drink, hot pepper sauce and garlic powder.
Stir it until desired thickness.

Serve with the lamb shank...  I made extra and keep it refrigerated. 

How does it taste?? Heaven!






Khamis, 7 Julai 2011

Jumaat, 1 Julai 2011

Esok Yang Padat!





Seperti biasa, hari Sabtu adalah hari bersekolah bagi murid-murid di SJK(C) Kong Min. Tapi esok ada special program. Esok kakak ada UPSR学习营 kat Restoran Mexican di bandar. Adik pula ada Program 1Murid 1Sukan... Dua-dua mesti ada di tempat 'kejadian sebelum jam 7.30 am.. So, esok kena mula drift lebih awal sikit dari biasa... 

Kakak dijangka selesai berprogram seawal jam 5 petang. Adik pulak seawal 10.30 am.. Lepas tu nak ke Paka, Terengganu pulak.. Ada jemputan kahwin di sana.. Jemputan yang kami terima nun jauh dari Yah yang menetap di Doha sejak 6 tahun lalu... Bukan senang nak jumpa orang Doha ni.. So, wajiblah pergi. Sini ke Paka adalah dalam dua jam.. dok borak-borak dengan Yah & Nasir, dah sejam... Lepas Asar pulak ada BBQ dengan beberapa jiran di Pantai Balok... Wahhh... Meriah lah kami esok... Penuh dan padat dengan jadual yang dah disusun...Ni tengah memikir  apa nak bawak untuk BBQ esok! Tapi ayam dah menunggu untuk dibasuh ni... Hehehehehehe... Jom! Sapa2 nak tolong basuh ayam, silakan!!!

LYNAS OH LYNAS!!!

Pasti harga rumah kami jatuh
Pasti ramai orang yg akan cuba jual rumah mereka
Pasti ramai orang akan pindah dari sini jika mampu
Pasti yang tidak mampu berpindah hidup dalam keresahan
Pasti yang tidak mampu berbuat apa-apa berdoa untuk keselamatan mereka
Pasti, apa pun juga yang kami tentang tidak akan diambil pusing
Dan pasti bila berlaku malapetaka berpunca dari situ, semua akan bertuding jari!

Aduh.. Kasihanlah kami rakyat Kuantan..
Bukan kami menentang kerajaan
Jauh sekali menolak pembangunan
Tapi kami tak mahu hampasnya disimpan
Didalam tanah kami yg didakwa berkesan


Si Jepun sangat prihatin dan canggih
Dilanda gempa yang menggemparkan
Segala ciri keselamatan dilaksanakan
Tapi gagal mengekang kebocoran.....
Lautan Pasifik juga dicemarkan...
"Telah berlaku kerosakan di daratan dan di lautan akibat dari tangan-tangan manusia" [Q.S Ar-Rum : 41]
* Sila dapatkan pembaca meter radiasi dari kedai yang berhampiran :))

Khamis, 30 Jun 2011

WORDLESS THURSDAY~~~~ #2



V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

                         

Rabu, 29 Jun 2011

DO I NEED TO SAY ANYTHING???

A man with his beloved toy!

Selasa, 28 Jun 2011

Si DOE Merampas Kuasa!

Dah 3 minggu Cik Mat minta cuti.. Nak habiskan cuti tahun lepas yang masih berbasi bersisa... Dan dengan excitednya Cik Lyn mengumpul tenaga harapan supaya dapat menghabiskan duit masa yang berkualiti serta berdua-duaan dengan Cik Mat sahaja sepanjang dua hari beliau bercuti... Tapi  sungguh unsangkarable! Si DOE dah menggunakan kuasavetonya merampas Cik Mat dari Cik Lyn dengan jayanya selama sehari!!!!

Dah lah Cik Lyn jatuh bagai nangka busuk masak ranum  pagi semalamdi Tunas Manja Transit. Kejadian itu telah menyebabkan segala aktiviti exersice kaki dan menipiskan wallet yang diatur tergendala atas kecederaan yg dialami. Tapak tangan yg membengkak telah memaksa genggaman tangan mereka direnggangkan sedikit. Lutut yang terhentak pula telah membuatkan perjalanan mereka menjadi sangat perlahan.  Malam yang sepatutnya nyaman & tenang telah terganggu dek kesakitan yg melampau dan memaksa Cik Lyn  menahan kesakitan sepanjang malam.

Kerana kejayaan Si DOE merampas Cik Mat dari Cik Lyn, maka Cik Lyn, Cik Mat dan Dak Deen telah terpaksa mengharungi kepekatan jam 5:40 pagi ke airport. 30 minit melalui jalanraya yg gelap bagai kopi  pekat, mereka sampai ke destinasi yg terpaksa dituju...

 Sila perhatikan Cik Mat yg melepaskan tali pinggang keselamatannya.. Beliau adalah seorang pemandu dan penumpang yang sangat berkhemah berhemah dan patut dijadikan kon ikon  JPJ.

Dak Deen yang mengambil alih tempat duduk Cik Lyn sambil  menjerit "Bye Abah! Love you!" dan kemudian menutup pintu kereta dengan sopan sekali kerana kesihatannya yang tidak memuaskan tetapi diheret sekali untuk menemankan Cik Lyn bagi perjalanan dari airport ke rumah..

Cik Mat melambai lemah... "Petang karang kita jumpa lagi"

Kasihan Dak Deen.. Selepas diheret meneman Cik Lyn Dia masih lagi sakit kepala. Dia masih lagi demam. Dia masih lagi tidak menjamah apa-apa makanan. Dia kekal dengan hanya 8oz milo sejak malam kelmarin.. Bila ditanya nak makan apa... Dia hanya menjawab "Tak nak apa-apa. Nak rehat aje." Eh! Apsal dia tak mintak McD ke... Pizza ke.... Mintak gi Crocodile Rock ke...Boleh jugak dijadikan alasan supaya Cik Lyn dapat  menguasai segala makanan yang dipesan... Kesiannnnn dia....

Mudah-mudahan Dak Deen sihat hari ini supaya dapat menjemput Cik Mat yang akan pulang dengan flight petang nanti. Cik Mat pasti sedang berdating bermeeting dengan Si DOE yang bedebah itu! Walaupun Si DOE merampas Cik Mat dari Cik Lyn, Cik Lyn tetap dengan paksarela hati mendoakan agar segala kuih isu berbangkit dapat diselesaikan dengan jayanya.. Chewah!!!! 

* Watak-watak dalam cerita ini adalah berkaitan dengan mereka yang masih hidup..

Elakkan Diri Dari Strok Haba~~~

 Cuaca sekarang sangat panas walaupun kelihatan mendung! Cuba baca article ni .. Bahay strok haba ni! Jangan diambil mudah ye.... 



CUACA PANAS MEMBERI TEKANAN FIZIKAL KEPADA TUBUH MANUSIA!  
Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya
akibat strok haba. Kumpulan yang lebih berisiko adalah mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar.

RISIKO 10 KALI GANDA bagi mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun,
kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah, Penghidap penyakit sistem pernafasan,
Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.







GEJALA
CUACA PANAS MELAMPAU




CARA-CARA
MENCEGAH & MENGURANGKAN
KESAN TERHADAP KESIHATAN


1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.


Sakit kepala

Keletihan

Lemah tumpuan

Pening

Lemah otot–otot atau kekejangan

Mual dan muntah

Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).



1.


2.


3.


 4.

5.

6.

7.

8.


Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.

Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.

Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan

Hadkan aktiviti luar

Kerap berehat

Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda

Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.

Pakai topi atau payung yang besar











ELAKKAN!

PETUA-PETUA
JIKA MENGALAMI MASALAH
BERKAITAN DENGAN SUHU PANAS




1.



2.


3.


Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan
gula yang tinggi.

Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.

Bersenam dalam cuaca panas



1.

2.

3.

4.

5.

6.


Keluar dari kawasan yang panas

Tanggalkan pakaian yang ketat

Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan

Gunakan kipas untuk sejukkan badan

Minum air setiap 15 minit

Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal








Artikel diambil dari Laman :  www.infosihat.gov.my


Isnin, 27 Jun 2011

Capsicum Salsa


A simple but with lots of crunchiness & yummy!

Capsicum Salsa...

1 onion
1 medium carrot
1 red capsicum
1green capsicum
1 yellow capsicum
1/2 lemon
Black pepper
A dash of salt
*Bird-eye chilli, if you want some heat 

Dice the onion, carrot, capsicums and mix them all together with the squeezed lemon juice , black pepper & salt. Chunk in some chilli if desired for some heat.

Sabtu, 25 Jun 2011

Kanan!

Nabi bersabda,

"Jika salah seorang dari kalian hendak makan, makanlah dengan tangan kanan. Dan apabila

 ingin minum, minumlah dengan tangan kanan. Sesungguhnya syaitan makan dengan tangan 

kirinya dan minum  dengan tangan kirinya" [HR. Muslim] 


Bila baca hadith di atas, terus aku teringatkan Along. Masa kecil dulu, dia 

adalah seorang yang kidal.. Tulis @ conteng, ambil barang, makan, minum

 semuanya digunakan tangan kirinya.. Puas aku suruh dia makan dengan

 tangan kanan tapi tetap tangan kiri yang menyuap..

So, one fine day, aku ambil dia dari rumah pengasuh dan bawa dia balik rumah.

 Aku letakkan dia di meja makan dan sediakan nasi putih bersama dengan sup

 tauhu, makanan kegemaran dia tu... Then aku suruh dia makan... Tapi

 sebelum dia makan, aku ikat tangan kiri dia dengan kain pada kerusi makan tu.

 Meraung dia sebab tak boleh nak guna tangan kiri.. Aku unjukkan tangan kanan

 dia tapi dia tetap nak tarik tangan kirinya untuk suap nasi....

 

Huhuhuu... Masa tu menitik airmata Ummi dia bila tengok Along meraung nak

 makan tapi tak boleh.. Puas dipujuk... Lelama aku give up. Kenapa? Sebab tak

 tahan tengok anak meraung... Masa tu umur dia baru setahun lebih sikit..

 masih bertatih lagi... Bila dia dah pandai jalan, dia suka berjalan sambil

 kedua-dua tangannya diletakkan dibelakang.. So, aku mulakan acara mengikat

 tangan kirinya semasa makan semula.. Mula-mula memang Abahnya pun tak

 sampai hati nak buat gitu tapi... mana boleh makan minum pakai tangan kiri!

 Dalam terpaksa, kami teruskan.. Berpuluh kali jugaklah kami buat begitu.. tapi

 masa kat rumah sahaja. Bila makan diluar, kami suapkan dia makan...



Bila dia dah mula makan dengan tangan kanan secara sendiri tanpa perlu

 diikat, senangnya hati... Dan dia ada kelebihan yang kami tak ada.. Dia boleh

 tulis dengan kedua-dua tangannya dan tulisan dia lebih cantik bila dia

 menggunakan tangan kirinya.. Begitu juga bila melukis dan mewarna. Selain

 daripada itu, dia boleh tulis terbalik @ up-side-down tanpa apa-apa

 kesukaran!  ˙˙˙ɥɐllıllnpɯɐɥlɐ ˙˙ıuı ıɯɐʞ ƃunlns ʞɐuɐ ɐʎuɐʍǝɯıʇsı ɐdɐʇǝB
 

Dan sekarang, dia dah tak kidal lagi... Dan tulisannya adalah seperti cacing 

yang kepanasan diatas jalan tar! Tak caya? Cuba tengok kat bawah...


*Mmm....¡ɥıu ʇɐƃuɐs ʇɐɹɐs ɥɐp ƃuolɐ ɐpɐd nʞnpuıɹ˙˙ɐıp ɐdɯnɾ ʞɐʇ nƃƃuıɯ ᄅ ɥɐp ˙˙ɐıp ʞnlǝd ʞɐʇ nƃƃuıɯ ᄅ ɥɐp ˙˙˙ɐıp ɯnıɔ ʞɐʇ nƃƃuıɯ ᄅ ɥɐp ¡nʞɐ uɐƃuǝp ɥɐɹɐɯ ɐuǝʞ `llɐɔ ɐıp ɯɐlɐɯǝs ıdɐʇ¿ɐdɐuǝʞ˙˙˙˙ɐɐɐɐl qıɹɥƃɐɯ nʇ ɐsɐɯ ¡ɥɐɹɐɯ ɐuǝʞ ǝl ƃuɐɯǝɯ