CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Isnin, 5 April 2010

EYE-TO-EYE ANNIVERSARY

 ♪♫•*¨*•.¸❤¸.•*¨*•♫♪Mungkin org kata melampau sangat tapi  1hb April, 1988, jam 3.30 pm, itulah pertama kali aku bertentang mata dengan lelaki itu.. Sepasang mata yg begitu romantis, bulu matanya panjang & melentik.. Aku suka tengok tapi cam jual mahal le plak..tengok tapi cover line..(╯▽╰) 


 
 Alhamdullillah....Dia seorang yg sangat mulia hatinya.. terlalu optimis & dia tahu apa yang dia lakukan & apa yg dia mahu...Dia banyak mengajar aku erti kehidupan. & dia ajar aku bagaimana untuk menyayangi insan lain.. Dia memberikan aku 4 makhluk yg istimewa & dia banyak membantu aku dalam mendidik & membesarkan keempat2 makhluk istimewa ini..

Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk terus bersama dalam kehidupan yang sementara ini.. Dia sanggup lepaskan segalanya demi aku & makhluk2 istimewa yg dianugerahkan Allah ini.. Aku sangkakan aku lebih menyayangi & lebih mencintainya.. Aku sangkakan aku yg telah banyak berkorban segalanya demi sebuah pelayaran.. TApi segala apa yg telah kami lalui selama 22 tahun ini membuktikan dia yg lebih berkorban jiwa & raga demi ROZMY

Suamiku, kaulah segalanya buat aku..Terima kasih atas segala yg telah kau berikan & cuba berikan selama ini.. Maafkan aku dia atas segala kekurangan diri ini. Love u so damn much!

~o(❤‿❤)~o

<((((((((((((((((◕‿◕)⊰

Dah lama aku tak update blog ni..Been bz dgn anak2 & menghadap suami yg berkerja tanpa henti & had masa selama hampir 5 bulan kebelakangan ni...

Along pulak, sebulan yg lepas, dah memulakan hidupnya yg baru di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan (SHAH), 55 minit dari rumah. Alhamdullillah sebab dia diterima menjadi salah seorang anak didik di sana.. Hanya aku sahaja yg terasa kosong dengan ketiadaan dia... Harus aku akui, dia merupakan 'apple of my eye'. Manakan tidak, hanya dia seorang tempat kami bermanja & segala kasih sayang kami curahkan padanya selama 5 tahun sehinggalah kami dikurniakan Nurul Faeiqah..

 Setiap hujung minggu, kami pasti pergi ke  SHAH untuk melepaskan rindu padanya.. Mungkin ianya tidak ketara pada yg lain, tp aku tersangatlah rindu padanya... 2 minggu lepas, selepas cuti pertengahan semester, aku hantar dia pulang ke asrama dalam keadaan dia yg tidak sihat..Dia demam panas.. Aduh...risaunya aku, hanya Allah je yang tahu.. HAri Selasa pagi berikutnya, suamiku beritahu yg Along ada call rumah hari sebelumnya, tp masa tu aku dah terlelap.. Tp dia x kasi Abahnya kejutkan aku.. Cuma dia beritahu yg dia pitam dalam kelas pagi Isnin...Mmm.. lagilah aku risau..

Hari ini, dia ada perlawanan Rugby peringkat daerah Pekan..Dia memang berharap sangat team SHAH akan menag sbb team yg menguasai game ini akan dapat mewakili negeri PAhang ...Selalunya, aku akan pergi melihat dia bermain..tapi apakan daya, hari ni adik-adiknya yg lain bersekolah & aku ada tanggungjawab terhadap mereka juga.. HAnya doa supaya pasukannya berjaya ke peringkat kebangsaan yg dapat aku berikan...

My 2 Heroes~~~

Adden pula, hari ni hari pertama bersekolah selepas bercuti sakit selama 3 hari akibat demam panas yg  macam biskut tu..kejap demam, kejap tak demam selama 2 minggu... Kesian dia..Dah kurus sangat dah sbb x lalu makan.. So, bila dia sebut je apa yg dia nak makan, aku pastikan dia dapat makanan yg dia sebutkan tu.. Dah longgar dah seluar sekolah dia... Tapi hari ni, balik sekolah, mesti dia muncung panjang... homework yg bertimbun!(≧◡≦)  Petangnya pula nak ke Kelas FArdhu Ain!







Khamis, 11 Februari 2010

Faeiqah..

Nurul Faeiqah ni hantu buku..She can read any books at all times.. MAsa dia kat kindy lagi dia dah reti membaca..Hehehehehe..ikut umminya yg mmg berhantu membaca masa ngandungkan dia kottt.. Dia tak dapat makan @ toys,  it doesn't matter..as long as nobody stands between her & her books..Semua buku dia baca..Masa tadika, dia baca buku science Along dia..Buku tu syllabus Singapore & in English..She can read English, BM & a moderate of mandarin masa tu..

Semua orang heran, kenapa budak 6 tahun baca buku2 yg jauh lebih 'tinggi' dpd dia.... Dictionaries pun dah jadik cam buku cerita.. ( TAng tu, mmg ikut mak dia..suka baca dictionaries) Dari kecik sampai la ni, dia tak mintak toys pun...KAlau offer pun, dia tak mo..Kekadang Hubby BAby risau jugak..TAkut mata dia rosak (pun cam mak dia jugak yg dah mula pakai spek masa umur 11 tahun sssaaaammmmpppaaaaiiii la ni!) & takut she lost her childhood terlalu awal..

It's good that she loves to read but she's a real bookworm sampaikan tulisan pun cam worm! She just hates writing.. Pernah dia tak buat homework Bm, salin balik karangan dari paper cutting..... Bila ditanya, jawapannya mmg very direct.."KAkak tak suka tulis..KAkak malas le nak tulis banyak-banyak..Kalau baca, tak yah nak tulis2 pun.." MAsyaallah..Tepuk dahi Hubby BAbyku!

Very unfortunately..She still has the same attitute towards writing ....Her writing is worst than cakar ayam..that's what I said to her the previous week.. Writing is her main problem in school..She can verbally make a good composition, using bombastic word, but when it comes to putting them on papers......... U know it urself! I tried so many methods which I learnt in college & practised during my teaching days but they just doesn't work on her.... She's giving me headaches!!!!

Sabtu, 30 Januari 2010

Masih 'Along'....

Malam tadi aku tak boleh tidur...Kerisauan seorang ibu... 

Pepagi lagi Along dah call. "Ummi datang kul berapa?"
Adoi..Aku ni memang cukup cair bila anak tanya macam tu...Aku dah siap, adik-adik dia pulak yang masih melambat-lambatkan perjalanan....

Ummi: "Along demam lagi ke? Dr kasik ubat apa pagi ni?" .
Along: "Dah kurang dah. Mlm td Dr tu ada kasik ubat demam. PAgi ni pun sama gak"
Ummi: "Ubat demam aje? Takde ubat lain ke?"
Along: "Ada... Tadi masuk antibiotik"
Ummi: "Masuk?..PAkai injection aje ke..dah buat line?"
Along: " Dah buat line malam tadi.."
Ummi: *gelak nyakat* "Mesti Along menjerit, kan?"( Along ni kalau bab jarum, memang dia fobia sikit...)
Along: "Ala..Tak sakit pun.. MAsa dia nak masuk jarum tu je yg peedihhh sikit"

Hari ni, Dr Puteri nak x-ray kaki dia dulu...nak tengok berapa besar kawasan yg dah bernanah kat dalam tu..Nak tengok kalau kena kat tulang dia. Lepas tu baru boleh buat the minor operation...Mmmm..Addeen ( my youngest son, aged 5) pulak, dari amalam tadi batuk teruk. Sampai menangis-nangis bangun dari tidur..

Mula-mula kami accident, pastu satu rumah demam batuk selsema . & now, this.... Allah nak duga kami...nak tengok sekuat mana kami & nak mengurangkan sedikit dosa kami.... Alhamdullillah pada semua dugaan ini..Kerana ini menandakan Allah masih sayangkan kami........ 

Jumaat, 29 Januari 2010


Along....

Dah 2 hari Along demam panas. HAri tu MC sbb kaki bengkak. Doc kata terseliuh..Ok..I get it..Dia mmg lasak & terseliuh tu biasa dah bagi dia & aku, umminya.. Tapi ada bekas gigitan kat kaki dia tu Bila aku tanya dia jawab " Ala..Kena gigit semut besau kat padang hari tu.." Ok lah jugak alasan tu..Esok lusa, hilang le dia..

Kelmarin, Along demam panas.. Biasalah kan..demam-demam ni..Tapi memang panas betul! Suhu dia antara 39 - 40.2... TApi dia tetap pergi sekolah..KAtanya, sayang tertinggal lessons, especially Pure Science subjects.. Tapi tak perasan pulak, dalam demam-demam tu, kaki kanan dia yg kami sangkakan terseluih tu makin membengkak & bernanah...

Petang tadi, aku & Hubby Baby pergi belikan air kelapa, nak kasik dia minum untuk hilangkan panas badannya tu... Sampai dirumah, dia takde kat tempat biasa. Rupanya dia tengah berselubung dlm comforter kesejukan..Memang panas sangat ..Aku ajak dia makan nasi & minum air kelapa 2 gelas..Masa tu aku ternampak. Aku terperanjat!!Dari atas buku lali hingga ke hujung kakinya dah membengkak sekali ganda dr size biasa! Masyaallah....






Bila aku belek-belek, ada 3 lubang. Satu lubang dah cam bentuk muka bumi bulan. Yang lagi 2 tu pun hampir nak jadi cam tu..Laaa.... Patutlah dia demam panas..Rupanya gigitan so called 'semut besau' yg gigit dia tempohari dah jadi penyakit dah.... Siap aje dia makan, terus aku minta Hubby BAby bawa Along g clinic..

Pergi Klinik Putramedic, Hb Baby kata ramai sangat yang sakit... Aku suruhlah bawak pergi Klinik Syed. "MAk ai! Radiator dah nak meletup nih!", kata doktor tu..Dia suh g hospital. Dia kata kena potong sikit & cuci. Small operation.. KAtanya kalau kat GH, mesti admit punya (sebab dia ni mmg doktor kerajaan). So, we decided hantarlah Kuantan Specialist Hosp aje. Biar Dr Puteri attend him..

Malam ni, bilik Along kosong..Takde lah kedengaran bunyi lagu yang ntah apa-apa dr bilik dia tu. TAkde lah dapat dengar bunyi dia kacau adik-adik dia yg lagi 3 orang ni.. Mmmm...Aku dah rindu dah kat dia walaupun belum masuk sejam aku hantar dia sampai dalam wad 203 tu..

Esok Dr Puteri akan schedulekan dia untuk the small operation.. Sepanjang jalan, kami sakat dia tentang operation yang bakal dijalankan..Alah..kecik aje tapi biasalah..Abah dia, merangkap Hubby Babby aku tu mesti nak sakat anak dia tu..Si Shah pun sama gak! Aku masuk sikit-sikit aje..hehehehhe.

BTW, Shah tu dah macam anak angkat kami. Sama sekolah dengan Along tapi baru form 3. FAmily jauh kat Lipis. Dia dok asrama tapi memang setiap minggu balik rumah ni...Dapatlah Along sorang adik lelaki yg boleh dibuat kawan..katanya...

Sunyi rumah ni..... Along tu ntahkan dah tidur, entahkan belum.. Good nite Along..Esok Ummi datang ye..Love u. Miss u (^~^).....


Cooking ~ for the love of it

My mom used to own a small restaurant in the center of Melaka. RZ RESTORAN was the name given to it. It's a good combination of my mom & dad's name... All of us have the same initial as the restaurant's name. We called ourselves "The RZ Sisters".

Everyday, after school & during weekends, we will help mom out in the restaurantuntil midnight... Every Sunday, we will walk to the 'Pasar Borong' ( which used to be in Taman Laksamana) buying all sorts of things needed for the restaurant. After that, mom will grab a trishaw for her & the groceries back to the restaurant.And the 4 of us will walk back..

Living in a shop house, watching, helping her with her cooking & preparing them, made me a fast learner... I could still remember .. There were times when she have some errands outside, my 2nd sister & me will have to cook for the restaurant... Since then I just adore & love cooking..

My Hb Baby & my lovely 4 children prefers my homecooked meals. Whenever we go out to dine, they would always compare the food.. And..u know what they will say.."Ummi masak lagi sedap!" (^u^)

Their favourite breakfast would be this~~



They could really have this Hainanese Roti Bakar every single morning, rather than a plate of nasi lemak with fried chicken!


Look at my Hb Baby!!! He love to dip it in his hot coffee...


This is my little one. Sometimes he wants it for lunch or even dinner! And the most freaking for me was when he want it for the whole day!

But there's a Malay saying, "Ikat perut suami"..Mmmmmm.....
Aku ni bukanlah seorang penulis yang pandai menulis menggunakan bahasa yg cantik & tersusun..Aku ni pun bukanlah penyair yg pandai melagukan syair ( cikgu BM dulu selalu kata aku menyais cam lembu 'menabur'...bersepah aje!). Aku pun tak pandai nak berbahasa puitis cam Hb Baby aku tu (Al-maklumlah..dia tu sekampung dengan A Samad Said...) .
JAdinya...kalau korang baca post aku ni kejap cam M Nasir, kejap cam Kurt Cobain, kejap cM penyanyi hip hop.. sorry ye.. Tapi ni kan blog aku? Suka hati aku le nak type ape pun..Betul tak???
Aku ni, sejak skolah, ada bakat yang terpendam cam badak berendam tu.. Aku suka tulis sajak...Sajak dalam Bahasa Melayu pun ok..English poetry pun ok..Hehehehe...Yang tahu, Hb Baby aku tu aje sbb dia aje yang selalu aku kirimkan sajak-sajak yg tak semenggah tu...Nntlah, aku buat satu 'peti' utk sajak aje.. apa tu 'peti'? Alah...cam bab dalam buku tu le..Aku segregatekan..Senang sikit utk pembaca2 blog aku ni...
Ni ada pantun sikit..PAntun yang paling popular ..dulu, kini & selamanya....

Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan
Aku budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Khamis, 28 Januari 2010

Mana Datangnya????

Dari dua hati yg bersatu, dari dua jiwa yg berpadu...
"Saya nak awak gantikan budak From 5 g KursusKesedaran Islam kat High School. G seminggu tau!" Arahan Mr. Burnt (Gelaran yg kami beri pada Cikgu Abu Bakar)
Sampai je kat kedai ( Ibu aku ni seorang pemilik restoran kat Bandar Melaka), " Buk, Kolyn nak kena g kursus kat High School le. Esok dah kena daftar. PAgi."
Ibu, "Yelah.. G. TAkpe, Buk tak g Muar besok.."
MAlamnya, ku kemas dan kemas dan kemas barang2 nak bawak g... Seronok le sbb aku aje Form 4 yg dpt pergi..walaupun sebenarnya jadi bidan terjun! Hehehehehe.. Aku tak pernah terpilih g kursus cam ni.. ada Qiamullai, ada kuliah subuh, maghrib....Al-maklum le..org tengok aku ngan kakak-kakak yg lain cam Cina..sombong (Sebab cakap omputeh kat skolah & sbb kawan ngan budak Cina aje..) So , mmg teruja le ni..
Esok pepagi, (arwah) ayah hantar g High School... Mak ai! Ramainya! Satu Melaka punya sekolah ada hantar wakil....Ada chance tambah kengkawan Melayu ni!Lepas daftar tu, g masuk bilik jap..Semuanya kakak-kakak Form 6 dr High School..Semuanya baik, peramah & suka sangat ngusik..Seronok!
Lunch, kami turun..Berbondong-bondong rakyat tuju tempat yg sama...Dewan Makan.
"Adoi!" Sakit le plak mamat ni langgar aku.
" MAaf ye" TAk sengaja" KAta mamat tu sambil tersengeh-sengeh cam kerang busuk. Kakak2 yg ada dgn aku gelak aje..Ok..
Petangnya, semua kena berkumpul di dalam dewan. "Ada briefing" kata Kak Benjy
Aku ngan kakak2 dok le kat depan sekali..Bukan apa..dah memang diajar oleh (arwah) ayah utk selalu duduk di depan sekali dalam apa2 majlis pun...
Sebelum briefing, Abg HAmsani ( Ketua Fasilitator Kursus) kata nak adakan pemilihan utk Penghulu & anak2 buahnya..
Bila diminta calon, aku dengar Cikgu Md Lasa sebut2 "Yunus..Yunus". Abang2 yg dok belakang tu pun sebut nama yg sama..HAti aku bercakap jugak.."Bagus sangat ke mamat Yunus nih sampai semua orang cam sebulat suara aje ni?"
Terpusing2 kepala aku nak tengok pemilik nama tu..La...... MAmat tu rupanya! Mmmm ok kot..sbb lepas terlanggar aku tu, dia minta maaf..
Dan AJK2 yg lain pun dipilih...yg semuanya aku tak kenal..Tapi kebanyakannya budak Form 6.
Mulai dari hari tu, apa2 hal, kenalah jumpa Penghulu atau AJK2nya... TApi kelakarlah penghulu ni..setiap kali duduk atau berdiri, dia mesti masuk2kan kemeja dalam seluarnya balik...Baju tu pendek ke apa? Kelakuan dia tu lah yang menjadi bahan aku & kakak2 sebilik buat lawak...Tapi, satu aje! Kenapa setiap kali terlihat kelibat Abg Yunus (Semua kena panggil senior dgn Abang @ kakak), kakak2 ni mesti usik2 aku....Eleh! Tak heran lah.....
HAri Ketiga berkursus, Kak Jef hulurkan aku satu nota kecil...Pengirimnya...Adoiiii...mamat ni..Pehal lak dia kasik2 nota ni?? Aku bukannya berminat pun...Hello! SPM pun aku lom lepas lagi tau! Mmmm...buat dek ajelah...
HAri ke-5, kami 2 bas g Hutan Rekreasi utk aktiviti Merentas Desa... Mmg bebetul merentas desa! Jalan dalam hutan yg takde track..LAlu denai yg batu2nya licin...MAsuk kolam yg berlumpur....Tapi terasa istimewa plak...Penghulu jaga kumpulan aku sedangkan semua orang kena ikut kumpulan masing-masing..tak boleh berpecah sbb fasilitator kata, nak memupuk sikap tolong-menolong dalam kumpulan..... Mungkin sebab kumpulan kami yg terbelakang sekali kot..tu sebab Penghulu ikut kami...Tapi aku lebih terasa cam dia ikut aku saja...Masa aku tersangkut dalam lumpur, dia yg tolong aku..MAsa aku hampir nak tergelincir, dia yg capai aku sebelum terjatuh..MAsa aku hampir tersadung, dia yang pantas tahan aku..MAsa aku tak boleh nak panjat tembok 10 kaki tu, dia yg relakan bahunya dipijak oleh kaki aku yg dah tukar warna masa tu... Hek eleh...baiknya penghulu.......
6 bulan selepas tu....Dia pergi tinggalkan aku..ke BAtu RAkit, Terengganu..Dia kata, ini pengorbanan dia buat Mak dan adiknya yg nak ambil SPM..Katanya tak mau menyusahkan keluarga lagi menanggung dia belajar..sedangkan sepatutnta bulan Oktober tu, dia ambil STPM!Hanya sebulan saja lagi, dia dah berhenti sekolah....
HAmpir setiap hari kami berutus surat...................

1989 - Aku menduduki SPM.... Abang bayak berikan sokongan pada aku supaya buat yang terbaik dalam SPM nanti...Ibu pula sentiasa berpesan, do the best...

1990 JAnuari - Aku menghadiri Kursus Intensif BAhasa Inggeris di PPUM selama 5 minggu namun surat2 Abang tetap setia berkunjung tanpa henti..Cuma aku saja yang dah kurang menulis padanya...

1990 Mei- Aku bertolak pula ke Jepun dalam Program Pertukaran Pelajar AFS.. bulan disana namun surat abang masih tetap setia menuruti kemana saja aku pergi.....

Itu semua kisah 20 tahun yang lepas..Sekarang sudah tahun 2010...Dah hampir 17 tahun aku berkongsi susah dan senang dengan mamat tu..Yup! Yunus adalah suamiku..seorang suami yg amat menghormati aku sebagai seorang isteri, ibu, anak, cucu, anak buah sepupu & makcik ...Aku tidak pernah dimarahinya (walaupun bertan-tan kesalahan dan dosa aku padanya..). Jentik jauh sekali...Dia tatang aku bagaikan minyak yang penuh... Dia sayangi aku sepenuh hatinya..Dia manjakan aku bagaikan anak kecil...Tapi 110% kepercayaan dia letakkan pada aku dalam menguruskan rumahtangga dan 4 orang buah cinta kami....
Berbagai dugaan dan cabaran yang telah kami tempuhi..Berbagai kesakitan yang telah kami rasai... Berbagai keperitan yang telah kami lalui..Dan kami melepasi semuanya walaupun teramat payah...Mungkin itu namanya "Kekuatan Cinta".... dan mungkin jodoh...
KAmi tidak mewah..hidup serba sederhana tapi rumahtangga kami diisi dengan pohon-pohon cinta, bunga-bunga kasih, kelopak-kelopak sayang dan daun-daun rindu.... Dan juga restu dari seluruh keluarga kami...Alhamdullillah....