CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Khamis, 7 April 2011

Achum!

Hendak kata, cepatlah kata..
Tidak kita menaggung derita..
Dari semalam meleraikan kekusutan mata..
Buku bertimbun merata-rata..

Banyak sungguh askar bubuk
Dihalau ia lari berdezum..
Sana-sini ada habuk..
Penyebab alahan aku hhhhhaaaccchhhuuummm!

Kala bercinta di panggil 'Baby'
Makan coklat disalut strawberi..
Kalau diberitakan pada Hubby Baby..
Pasti ubat yang dia beri.

Pak Andeh yang lurus dimarah bini
Kerana mendukung si biri-biri
Makin menjadi allergicku ini
Terpaksa aku cari ubat sendiri.

Angin tasik memukul pelipis,
Tenang sungguh si Tasik Chini  
Alamak! Loratidine dah habis!
Apa aku nak buat sekarang ni??

Addeen suka si siput sedut
Makan sorang tak ingat kakak
Kepala dah berdenyut-denyut 
Mata pulak mula naik bengkak!!

Ahmad Albab bukannya bisu
Bersama anak jin "lalalallalala"
Letih mengheret kotak tisu
Nak saja ku lekat atas kepala!







Ayam Masak Masam Manis Hitam

Lauk ni antara kegeramarn kami sekeluarga... Sekejap aje membuatnya! Tapi rasanya mmmm..... sedap pada tekak kami la.. Kalau nak tahu sedap pada tekak memasing ataupun tidak, jom masak!



Ayam Masak Masam Manis Hitam

1 ekor Ayam, ikut la nak potong besar atau kecik
Kunyit dan garam, untuk perap
1 ibu jari Halia, parut @ diced
3 biji Bawang besar dikisar
3 Ulas Bawang Putih, diced ataupun pounded
2 sudu Cili kisar
2 biji Tomato, diced
1 tin kecil Tomato pure
1 senduk Kicap Manis @ secukupnyae
1 keping asam keping yg kecil sahaja 
Gula, garam to taste
1 biji Tomato besar, dipotong wedges
2 biji Cili Merah, dipotong memanjang
1 biji Bawang besar di hiris bulat
1 tangkai Daun Sup, dihiris 1" atau ikut suka hati..
1 tangkai Daun bawang, dihiris 1" atau ikut suka hati..

Gorengkan ayam ikut suka hati, sekadar masak @ garing dan ketepikan ia.
 Keluarkan separuh minyak gorengan ayam untuk menumis.. Kang berladung lak minyak dalam hidangan! Tumis halia, bawang kisar hingga naik bau.Masukkan bawang putih dan cili kisar. Biarkan sampai bahan garing. 
Masukkan pula diced tomato. Kacau layu dan masukkan tomato puree.Kacau rata.
Campakkan kicap manis dan asam keping, gula dan garam. Kacau mesra.
Lepas tu bawang besar, gaul sekejap dan masukkan pula cili merah, tomato wedges, daun sup dan daun bawang. Tutup api cecepat! Kang benyek pulak tomato tu..  

Sukatannya boleh diubah ikut lidah masing-masing sebab ni kan lauk tempatan..so boleh adjust mana yang kurang atau terlebih... Kami suka letak bawang dan tomato segar lebih.. Kekadang campakkan sekali carrot... Tapi kali ni tak campak sebab carrot dah abesssss..... 
Makan je dengan nasik putih dan terung bakar untuk Hubby Baby yang memang gemau terung! Bila makan ...Senyum..Tak perlu kata apa-apa...


Rabu, 6 April 2011

Di Sebalik Nama


Addeen: Ummi, apa maksud perkataan solleh? *Addeen memang selalu tanya dengan ayat yang betul tatabahasanya.. Hehehheheh*

Solleh Aqlan, Ummi & Muhammad Nur Addeen
Ummi: Solleh tu maksudnya taat pada Allah, taat pada mak ayah kita dan sentiasa buat baik pada semua manusia, semua haiwan dan paling penting, baik pada Allah..

Addeen: Owwhhhhhh... Tapi kenapa Mak Long selalu panggil Aqlan "solleh aqlan". Aqlan pun ada buat marah-marah kat mak long. Mana boleh cakap Aqlan tu solleh?..

Ops! Ummi gelak jap!

Ummi: Itu nama Aqlan. Solleh Aqlan tu nama dia yang betul..*sambil senyum menahan gelak..*

Addeen: Nama panjang Aqlan ke, Ummi?... Nabi Muhammad sallallahu'alaihiwassallam *Addeen sebut dengan penuh ..Alhamdullillah..Sejuk telinga Ummi dengar..* punya nama pun ada macam Addeen punya nama. Nama Addeen kan Muhammad Nul Addeen.. *Addeen tak boleh nak sebut 'r'..lidah pendek kot...* Jadi Addeen ni pun orang yang baik, kan Ummi?

Ummi: Iye. Nama dah sama macam Nabi Muhammad saw.. So, Addeen nak tak jadi baik, sabar dan sayang Allah macam Nabi?

Addeen: Nak! Tapi Ummi kenalah panggil Muhammad Nul Addeen.. Teacher kata kalau selalu panggil dengan nama yang baik, itu pun doa untuk Addeen..

Dalam hati terasa sebak... dan syukur...  Moga Muhammad Nur Addeen menjadi cahaya terpuji yang menegakkan agama Islam... 

Cita-cita

Addeen: Ummi cuba teka apa cita-cita Addeen bila Addeen besar nanti....

Ummi: Ummi tahu! Doktor baby.. Betul tak?

Addeen: Takkkkk.. *sambil geleng-geleng kepala*Addeen nak jadi pemburu makhluk asing!


Pemburu Makhluk asing????
Dan Addeen terus menceritakan  imaginasinya dalam memburu makhluk asing.......

Adakah Addeen akan kelihatan seperti ini?? Berpakaian funky semasa memburu si makhluk asing?
Memburu si makhluk asing berwarna hijau?? Mana Addeen nak cari makhluk asing ni??? "Dalam gua la.. " katanya..

Mesti Addeen terpengaruh dengan si Ben10 ni!
Oh En Ben10! Tolonglah jangan pengaruhi anak saya dengan benda yang pelik-pelik gini.. Saya pening mendengar cerita pengembaraan imaginasinya sepanjang hari....

It's his B-Day!

 This was taken a few days after he was born.... 1982, in Ayer Molek..

Two years went by and he's a little handsome and adorable chap...
I can still remember when he went to kindergarten and lower primary, he always wanted to be carried on my eldest sister's back from our shophouse to his school.. That's about 1km! Back then, it was adorable still..

When he went to secondary school in Malacca High School,  he stayed in the hostel.. But being the only boy, the only torn among the roses, the apple of the eye, he can't live in a place where he have to go by the rules and do all the daily chores himself. One fine day, he 'ran away' from the hostel, carried all his stuffs back to our shophouse by the Melaka River (now is the River Cruise's route). All of us laughed to know that instead of being angry! And once he walked all the way from school to our house in Peringgit. Why? He waited for daddy to fetch him but instead of waiting, he started to walk ... The 'no waiting' attitude he had during his younger days...  

 And today, he's a grown man still waiting for an answer from someone (^~^)...
What is he doing at this age??He's not an engineer. He's not an accountant. He's not a doctor..He's managing the Melaka International Motorsport Circuit. I'm proud of what he's doing and also what he have done in the past..


And I am proud of what he achieved in life (it's not like he's some VVIP but he did some great things for the local youth )... 
Every year he would get a cake on his birthday...This year? He's getting a Laksa Party!! But above all, I think it'll be his greatest birthday present if he gets a 'YES' from 'someone'... kan..kan..kan.. ;P

To my beloved little big brother and the only Pak Busu in RZ's little league team...

&



From.... Kolyn, Abang Yunus, Firdaus, Faeiqah, Batrisyia & Addeen dong datang lagiiiii......

Dato' Hajjah Sarimah Bt Ahmad

Sapa tak kenal dengan pelakon wanita veteran yang layak di panggil primadona ni?? Sarimah... Dato' Sarimah Bt Ahmad. Dah banyak umur dah beliau ni.. Dilahirkan pada 24hb April, 1942 kat Pulau Rusa, Pekan, Pahang.

Kecantikan dia tak perlu kita persoalkan.. Memang cantik! Dari muda sampai la ni, dia kekal cantik dalam 'kategori'nya sendiri.. Bakal menyambut kelahirannya yang ke 69 tak berapa lama lagi tapi jelita.. Beliau banyak mengamalkan petua-petua untuk menjaga kecantikannya dari zaman remaja lagi..Tapi bukan kecantikannya yang hendak diperkatakan tapi tentang kesihatannya yang kurang memuaskan.. Korang tahu ke?? Aku pun baru tahu dr Dunia dari Dapur Kak Jee
Dia disahkan menhidapi kanser hidung dan otak tahap 4..Dah memang critical sangat dah tu tapi kekuatan dan kecekalannya serta keredhaannya pd Allah telah memberikan dia peluang untuk kembali bahagia.. Dia antara artis yang aku hormati.. Kenapa? Kerana dia sentiasa menjaga perlakuan, perkataan dan maruahnya. Dia antara artis yang selalu mendekatkan diri kepadaNya sejak mulai 'berumur'..
Aku hanya mendoakan agar dia sentiasa sihat  dan menjadi contoh yang baik kepada teman veteran seangkatannya yang masih lagi hanyut dalam dunia glamour yang dah tak seberapa glamour bagi insan-insan yang dah berumur macam Mak Mah ni... No names, ok!  

Selasa, 5 April 2011

Ayam Pedas Goreng

Hari ni tak tahu nak masak apa.. Anak-anak bila ditanya, "Goreng ayam!"
Hehehehehe.. Bahagianya aku bila anak-anak suka memudahkan kerja..
Tengahari tadi aku sediakan ayam goreng kunyit, nasi putih di'tabur' dengan kicap manis... Sayur? Jangan buang karan! Diaorang ni nak kena tanya dulu..kalau tak kang masuk tong sampah aje!
Petang tadi nak masak, tanya lagi.. "Ummi, goreng ayam yang Ayamas tu boleh?? Lepas tu nak makan dengan kicap aje..." anak-anak memudahkan lagi sekali tugasku hari ni...

Ni Ayamas Spicy... Tak susah... Pi kedai, ambik sepeket mana-mana jenis yang menjadi pilihan hati, bayau kat counter. Balik rumah, panaskan minyak. Bila minyak dah cukup panas, masukkan potongan ayam Ayamas yang dah dikeluarkan dari bungkusannya.. Masukkan dan biar ayam-ayam tu tergoreng selama 10 minit atau bila ia dah kekuningan... Dah siap, toskan...  Hehehehe...Senang sangat!

Sekarang ni, anak-anak sedang makan dengan lazatnya hidangan ayam goreng tu. Tak menyempat nak tunggu Abahnya balik!


The Uncountable Reasons..

When life gives you a hundred reasons to cry,

Show life that you have a thousand reasons to smile....


Each of them gave me a thousand reasons to smile..

Keep on counting my reasons....

The counting never stops....
This man gave me a million reasons to smile...



Isnin, 4 April 2011

What's on the table??



Nothing!! Serious! I've got nothing on the table ... And I can't think of anything to be served tonight٩(͡๏̯͡๏)۶
Batrisyia said, fried fish and some hot spicy sambal for me and his Abah would be enough to be enjoyed with hot steaming white rice... Mmm.. I love her for she always make it easy for me (✿◠‿◠)

My Blog and my life....

I try to make it as sweet as my life is..

Anuar Punya Pasal!

Kenapa aku eager sangat nak tonton ABP BH 2010 kali ni????
Sebabnya.. penyebab yang buat Hubby Baby jeling kat aku yang macam taksub menghayati alunannya sepanjang lima minit
Owh! Mata anda tidak berbohong.. Memang itulah Anuar Zain menyanyi kat dalam TV Philips gedabak di hall rumah aku! Biar camne rupanya, Sedetik Lebih sangat menusuk kalbu ku...

Aduhh... Hubby Baby kekal menjeling.. sampai ke akhirnya...
Aku tak ralat dia tak menang sebab dia ada peminat yang besar jumlahnya.. Ramai lagi penyanyi yang hebat suaranya tapi jarang dapat pengiktirafan...
Tapi, aku puas hati sebab dapat tonton Anuar Zain dengan Sedetik Lebih malam tadi... Walaupun aku tak dapat BBM dari Anuar Zain cam adik aku dapat dari Lisa Surihani sebaik memenangi kategorinya.. sorry..x hengat lak kategorinya.. tapi sebenarnya "Semua adalah pemenang. Tiada pengalah" hehehehehe...

Hebatnya Guru :((


Keadaannya semalam semasa di ICU ..Sungguh menyedihkan..

Dan semalam, jenazahnya diusung ahli keluarga ..
Sedihnya lihat fenomena sekarang... Seorang guru telah berjaya membuktikan kehebatan sifat kehaiwanannya memukul hingga mati anak muridnya sendiri! Hanya disebabkan RM7, anak ini yang baru berusia 7 tahun, seorang anak yatim, telah dipukul, diikat di tingkat dan diterajang sampai habis nyawanya...
Aku tak terkata apa bila membaca laporan berita ni... Kalau nak baca, baca kat sini dan kat sini juga..

Al- Fatihah buat roh Saiful Syazani Bin Saiful Sopfidee. Dan buat bapanya serta keluarga angkat arwah, moge mereka tabah menghadapi dugaan yang maha berat ini.. Mudah-mudahkan semua urusan dipermudahkan.. Dan moga hamba Allah  yang telah menzalimi arwah bertaubat dan terus bertaubat.. Hukuman Allah tetap ada walaupun hukuman di dunia ini mungkin tidak disabitkan dengan 302...

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL 2011

Antara blogger terawal yang aku 'kenal' adalah Ben... Berhari-hari aku scroll blog dia.. Mana taknya...dari mula tahun 2009 punya aku baca! Letih mak, tau! Tapi aku tak berani nak masuk apa-apa contest, GA ataupun bila di dok GEGAR  semua bloggers.. Dia post aje N3 pasal contest atau GA, terus ada yang berlari 100 meter rebut-rebut nak join! Dan skarang Ben buat satu 'perhimpunan besar-besaran' pulak! Mesti Gegar cam gempa bumi 9.9  punya!!!


GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL 2011


Camne nak join????  Senang aje....

Cam biasa, kenalah BUAT SATU ENTRI RINGKAS .
Dah siap entri, letakkan HEADER BLOG BEN ASHAARI.. 
Pastu taipkan tajuknya GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL 2011
Kendian, LETAKKAN 'url' entri korang kat sini.. Senang aje ek..... Jom le! Kita 'meriahkan suasana kat blog Ben!!


Julie & Julia

Meryl Streep??? I will try not to miss her movies! And she nailed it again in this 2009  Julie & Julia film!
It's a comedy-drama film adapted from an autobiograhy, My Life In France by Julia Child and a 365 Days, 536 recipes, One girl and a crappy outer borough kitchen memoir  by Julie Powell'. 


No need for me to say more.... Just watch it ... I once saw it in Astro Movie Channel or just download it from the internet, like me:))

Benang Basah..


Menegakkan benang yang basah sesukar menegakkan benang yang kering!
BERTEKAK dan berdebat untuk menegakkan yang batil, yang bohong dengan kelentong kata dan auta nada suara boleh meyakinkan orang buat seketika. Lama-lama nanti, segala omong-omong yang kosong isinya, bukti-bukti yang hanya didengar-dengar, segala konon-konon yang direka-reka akan diketahui orang sebagai hampeh.Seperti menegakkan benang yang basah, ia hampir mustahil kecuali jika benang yang basah itu sentiasa diregang!
BERMUSYUARAH dan berhujah untuk menegakkan yang hak, yang benar dengan inti kata dan intonasi nada suara, boleh meyakinkan orang. Tapi hanya buat seketika. Lama-lama nanti, segala hujah-hujah yang penuh isi, bukti-bukti yang sahih, segala dokumen-dokumen yang diunjukkan akan dilupakan orang juga.
Kalau menegakkan benang yang basah itu hampir mustahil, cubalah menegakkan benang yang kering pula. Ia pun sama sukarnya.
Maknanya, mewujudkan kebatilan dan menegakkan kebenaran sama-sama payah. Terkekehlah dia yang dipercayai kerana pembohongannya. Terkilanlah dia yang tidak diyakini meskipun berkata benar.
Usah gembira wahai si pembohong. Jangan berduka wahai anda yang berkata benar. Penerimaan orang kepada yang benar atau yang salah, yang hak atau yang batil itu bergantung kepada sekukuh mana hati si pendengar tersambung pada tali ALLAH.
Kalau keburukan ada di dalam hatinya, dia terhijab dari mengenal kebaikan dan kebenaran. Dia akan menerima yang batil sebagai benar, yang benar sebagai batil. Sebaliknya, kalau taqwa ada di dalam hatinya, dia tangkas mengenali siapa si pembohong dan siapa yang berkata benar.
Sekilas ikan di air sudah dia tahu jantan betinanya. Hanya jauhari yang mengenal manikam.

清明节 Qingming Festival

Monday is a school holiday for my children and their friends from school.. It's Cheng Beng day.. also known as Tomb Sweeping Day... What is Tomb Sweeping Day???

Tomb Sweeping Day is a traditional Chinese festival on the 104th day after the winter solstice (or the 15th day from the Spring Equinox), usually occurring around April 5 of the Gregorian calendar . Astronomically it is also a solar term . The Qingming festival falls on the first day of the fifth solar term, named Qingming. Its name denotes a time for people to go outside and enjoy the greenery of springtime (踏青 Tàqīng, "treading on the greenery") and tend to the graves of departed ones.

 The Grave Sweeping  Festival is an opportunity for celebrants to remember and honour their ancestors at grave sites
Young and old pray before the ancestors, sweep the tombs and offer food, tea, wine, chopsticks, joss paper accessories, and/or libations to the ancestors. The rites have a long tradition in Asia, especially among farmers. Some people carry willow branches with them on Qingming, or put willow branches on their gates and/or front doors. They believe that willow branches help ward off the evil spirit that wanders on Qingming.
On Qingming people go on family outings, start the spring plowing, sing, dance. Qingming is also the time when young couples start courting. Another popular thing to do is to fly kites in the shapes of animals or characters from Chinese opera. Another common practice is to carry flowers instead of burning paper, incense or firecrackers.

My gigirls and me?? We will just stay home, sort out books and clean the house... :)) 

Ahad, 3 April 2011

Tudung Lemnet

Tiap kali bila aku minta tudung botol kicap untuk disimpan, dia mesti sebut 'lemnet'. Bila aku tanya "apa benda lemnet tu?" dia gelakkan aku.... huhuhu.. bukannya nak terangkan menda alah tu sebaliknya dia gelak gegau-gegau lak! At the end, dia kata "Budak town.. tak cakap Melayu memang cam tu.."

Bila aku ajak main batu serembat, dia kata "Jom, kita lawan tudung lemnet"... Terpinga-pinga kejap dibuatnya...Tak pernah tahu apa itu tudung lemnet!

Hanya beberapa tahun yang lepas, baru aku tahu apa itu tudung lemnet!


Cheh! Tudung botol rupanya! ingatkan apa la....

Camne nak main tudung lemnet? Senang aje.. Cari tudung lemnet ni sampai cukup 5 biji.. Lepas tu main le macam main batu serembat!

Baked chicken honey raisin mushroom carrot with blueberry sparks

Fuh! Namanya dah panjang... Tapi menyediakannya tak memerlukan masa yang panjang...
Ini makanan yang Hubby Baby request pagi tadi bila aku tanya apa yang dia nak makan... Pergi Pasar Tani di perkarangan Stadium Darul Makmur, beli ayam yang harganya RM8.00 aje sekilo! HAh! Jangan terperanjat! Ahad lepas aku beli kat tempat yang sama RM8.60.. tp hari ni kurang namposen lak! PAs tu beli sikit lak tu! Kalau ku ikut kata Hubby Baby "Beli le lagi..biau cukup sampai ujung tahun" pasti aku penuhkan dapurku dengan ayam sahaja!

Melalut lak! Dah tua...Gini le gayanya....Pagi tadi pi breakfast roti canai sekeping.. Lunch plak makan marcaroni goreng semalam sepiring kecik aje. And kul 3pm tadi, aku dah perapkan ayam dengan segala isi kandungannya....


Ayam potong ikut selera...
Kismis hitam @ sultana, ikut selera juga...
Carrot, potong bebesau sebab kalau kecik dia akan overcooked pulak..
Fresh mushroom, potong ikut suka, berapa banyak pun ikut suka..
Madu, 3 sudu besar atau lebih
Barbican Drink @ Sparkling juice perasa blueberry 
Sedikit garam
*Black peper, kalau nak pedas sikit

Campur semua, perap sejam atau lebih. Kalau nak semalaman pun tak apa.. Tapi jangan lupa pastikan ayam berada dalam suhu bilik sebelum dibakar. Kalau tak, dagingnya akan keras... Tak sedap!
Tutup mangkuk dengan aluminium foil. Bakar pada suhu sederhana.
Bila dah separuh masak, bukakan aluminium foilnya supaya ia sedikit terbakar. Bakarlah selama 5-10 minit.
Serve with hot rice... So healthy and delicious!
Cubalah!


The Constant Gardener (2005)

 Tim Donohue: Leave this Justin. Go home. 
Justin Quayle: I can't go home. Tessa was my home.

This movie swept me away... I couldn't say more ....
 A great romantic thrill ride that is made even more special by the performances of Rachel Weisz and Ralph Fiennes, who both give this adaptation of the John Le Carre book a real sense of beauty, dignity and grace with their on target performances. Weisz is perfection as Tessa Qualye, a civil rights activist who is murdered for trying to bring awareness of their illegal practices on the poor natives of an African village. Weisz gives her character a self-righteous drive that is made poignant by her determination and sheer will and she also makes her character human, not a stereotype, which makes her performance the more real. Ralph Finnes plays her grieving husband Justin, who takes up her cause and begins to lean of how wonderful his wife really was and what he missed during the time she was alive. His haunted performance is in my opinion his best ever and is the driving point of this haunting odyssey of justice, lost and self sacrifice. Rachel Weisz and Ralph Fiennes both deserve Oscar nominations for their superb performances and Fernando Meirelles deserves one as well for his superb direction that puts you smack in the middle of the story that is unfolding right in front of you.

In a remote area of Northern Kenya, activist Tessa Quayle is found brutally murdered. Tessa's companion, a doctor, appears to have fled the scene, and the evidence points to a crime of passion. Members of the British High Commission in Nairobi assume that Tessa's widower, their mild-mannered and unambitious colleague Justin Quayle, will leave the matter to them. They could not be more wrong. Haunted by remorse and jarred by rumors of his late wife's infidelities, Quayle surprises everyone by embarking on a personal odyssey that will take him across three continents. Using his privileged access to diplomatic secrets, he will risk his own life, stopping at nothing to uncover and expose the truth - a conspiracy more far-reaching and deadly than Quayle could ever have imagined.
Ralph Fiennes, Rachel Weisz and Danny Huston


I wolud definitely recommend this movie! It got 7.6/10...

Birth (Nicole Kidman)

Hubby Baby suka ajak aku tonton video yang didownload dari internet.. Baik movie lama ataupun movie terbaru, especially English movies...
Sepanjang minggu ini, setiap hari kami menonton movie selepas anak-anak tidur.. Ops! Bukan tonton movie yang ttteeeetttt ye! Aku suka tengok romance film, so dia banyak downloadkan untuk kami tonton bersama.. Adorable kan bila suami buat gitu.. Taklah dok nak melayan movie yang dia suka aje...



Last Tuesday, kul 9.30 pm, lepas anak-anak dah tidur, kami tonton BIRTH... 


Movie ni movie lama..tahun 2004 dulu...The storyline...

 Anna is a young widow who is finally getting on with her life after the death of her husband, Sean. Now engaged to be married, Anna meets a ten-year-old boy who tells her he is Sean reincarnated. Though his story is both unsettling and absurd, Anna can't get the boy out of her mind. And much to the concern of her fiancée, her increased contact with him leads her to question the choices she has made in her life. 


Aku nangis at the end of the movie... Huhuhu..Orang yang berjiwa romantis pasti akan mengalirkan airmatanya sebab aku dapat rasa betapa dalamnya cinta dia pada late husband dia, Sean. Dan aku dapat rasa sengsaranya hidup dia bila budak 10 tahun tu datang dan yakingkan yang dia adalah reincarnation of Sean.... 


Cubalah cari cerita ni... Lakonan Nicaole memang menusuk kalbu sungguh..hanya dengan mimik muka sahaja! KAlau korang tak sebak di hujungnya, memang sah korang hati batu!

Nasi Goreng Malas Tahab Gaban

Bila tak berapa nak rajin, aku akan buat nasi goreng untuk lunch... Bila aku hidangkan nasi goreng untuk lunch, Hubby Baby akan "Ni ke untuk lunch???" dengan muka blur! Kesian jugak! So, sekarang aku hanya masak nasi goreng kalau Hubby Baby tak lunch kat rumah....macam la dia lunch kat plant tu...Huhuhuuu
Ini adalah Nasi Goreng Malas Tahab Gaban namanya... Sian si Gaban..Habis semua yang negatif akan dikaitkan dengan dia... Tapi memang boleh dapat dilihat tahap kemalasan si penggoreng nasi ini..aku le tu..

Tapi masih ada yang tak tahu nak masak nasi goreng ni.. macam my little brother tu.. Here it goes....

Nasi Goreng Malas Tahap Gaban

Nasi..sepinggan
Planta sesenduk (aku guna senduk kecik aje..)
Bawang besar 2 ulas, dimayang @ dikiub
Bawang putih sebiji, diketuk @ ditumbuk @ dikiub
Sos Tiram 3 sudu besar
Garam, to taste
Sosej 3 batang or more, kiubkan
Carrot sebiji sederhana, potong le ikut suka (aku sagat kasau aje)
Celery sebatang , dikiub
Serbuk lada hitam 

1. Panaskan planta. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sampai layu di tasik minyak.
2. Masukkan sos tiram dan sosej dan carrot sekali.
3. Masukkan celery ,lada hitam dan garam.
4. Hidangkan dengan hirisan cili hidup tapi bukan untuk anak-anak aku ye...heheheheh






Nasi Mandy Kambing

Last Sunday, kami berpusing mencari Restoran Al-Jawaher.. Sampai MEC kami pusing! Dok buat u-turn, masih tak jumpa-jumpa... After 2 hour, kami ke Masjid Negeri untuk solat Maghrib dan ke Sara Thai for dinner.. Tadi aku terjumpa dalam satu blog.. Dalam salah satu gambarnya, ada address restoran tu. So, aku sms la kat Hubby Baby yang ada kat plant masa tu untuk sign permit. So, lunch tadi kami ke Taman Sg. Isap Perdana....
Ke Restoran Al-Jawaher ni... Excited sangat bila dapat jumpa restoran ni! Sebab aku tak perlu lagi keluar dari Kuantan untuk makan nasi Arab! Tempat ni diusahakan oleh satu family yang katanya dulu duduk kat Arab bertahun-tahun lamanya... So, Adakah ia akan memuaskan hati dan tekak aku dan Hubby Baby???

Kalau dah pernah rasa nasi mandy kambing yang pure, aku tak berani nak recommend tempat ni.. Kami pernah makan nasi Arab di Restoran Saba, Cyberjaya... makanan di Jawaher ni terasa bland sungguh.. Tapi, tekak masing-masing kan.. Ada juga yang kata sedap... But not for us.. Habiskan pun sebab nasi mandy kambing untuk 4 orang dah RM68.. Tambah lagi dengan 2 hidangan set ayam panggang untuk Batrisyia dengan Addeen... Aku rasa sungguh tak berbaloi! Rasa ayam panggang tu pun bland aje.. Batrisyia terpaksa habiskan jugak sebab dia sndiri yang request benda tu.. Addeen ada excuse sebab hidangan tu Hubby Baby yang orderkan untuk dia..
Our Nasi Mandy Kambing wasn't like this.. Kambingnya kecik-kecikkecik-kecik aje.. Dalam  nasi tak ada kambing lak.. Biasa nasi Arab ada kambing dalam nasinya...

Aku hilang berahi untuk ambil lebih banyak gambar... Sebabnya masa ambik order, the lady kat counter tu ambik order dengan muka yang 'hangit'! Cakap tak buka mulut, mana orang dengar.. Lepas tu naikkan suara pulak kat customer.. aku le tu! Then, bertekak pulak dengan owner yang aku rasa diaorang ni adik-beradik, berdasarkan iras wajah yang sama.. Sedih rasanya... So, nasi mandy tu terpaksalah aku 'tolak' masuk tekak... Hubby Baby pun senyap aje masa makan.. tu cara dia nak bagitau yang nasi mandy tu FAIL!

Bila nak bayar, ownernya senyum aje.. sejuk sikit.. So, aku belilah menda alah ni untuk bawak balik....
Please ignore object berikat warna biru hasil projek  ntah-apa-apa-Addeen...

Sebotol, empat hengget... Aku ambik 5 botol yang berlainan perisa... Sama aje dengan sparkling juice yang kami selalu minum and selalu ada stock dalam fridge.. Tapi, boleh masuk list minuman kami...

Yang sedihnya, Hubby Baby kekal diam pasal lunch kami di restoran tu sampai la ke subuh ini... Kalau sedap, dia akan terus beri komen masa makan.. Tapi ternyata tekaknya yang pernah bekerja sekejap di Kuwait dan pernah makan di restoran-restoran Arab di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya mengatakan 'NO' pada restoran ni.. Maaf, bukan sengaja nak diprovokekan tapi itu realiti tekak kami yang sukakan pada originality and authenticality... Manalah tahu, tekak korang kata sedap....Masing-masing babe!

Sabtu, 2 April 2011

Hilang Kesakitannya..

Innalillahiwainnailahiroji'un...


Hampir 24 jam yang lepas aku buat N3 tentang adik Yasmin Damia...


Seusai solat Subuh, aku buka blog ini dan...

Adik Yasmin Damia telah meninggalkan ibu dan ayahnya petang semalam...



Bagi hamba yang seusianya, syurga adalah tempatnya..


Moga Ibu dan ayahnya kuat dan tabah menghadapi hari-hari yang bakal mendatang tanpa si kecil...


Click di sini untuk membaca n3 K Jee....

Jumaat, 1 April 2011

Tahukah Anda???

Setiap sendi kamu pada setiap hari mengeluarkan sedekah.Setiap bacaan tasbih adalah sedekah,setiap bacaan tahmid adalah sedekah, setiap bacaan tahlil adalah sedekah,setiap bacaan takbir adalah sedekah,mengajak kepada kebaikan adalah sedekah dan mencegah kemungkaran juga sedekah.Semua amalan itu boleh diganti dengan mengerjakan solat duha dua rakaat.”(Diriwayatkan oleh Muslim).



Antara Dua Darjat..

 Pelajar Cemerlang SPM 2010, Mahaad Muhamadi Perempuan Kota Bahru, Nik Aisyah Najwa, mendapat 11 A, 10 A+
Bila cemerlang, mesti menjadi kebanggaan keluarga dan sekolah.. Kekadang, nasib baik, menjadi kebanggaan seluruh negeri. Alhamdullillah, semua usaha mendapat ganjaran sebesar ini dariNya. Tapi, mana perginya mereka yang kurang cemerlang?
Siapa yang ambil tahu tentang mereka yang kurang cemerlang?
Siapa yang menghulurkan bantuan untuk membantu mereka yang kurang cemerlang?
Antara mereka, ada yg sudah berusaha sedaya mereka..
Ada juga yang telah bersungguh-sungguh mengulangkaji setiap mata pelajaran..
Dan tak kurang juga yang telah menebalkan muka bertanya itu dan ini  dari teman-teman sekelas dan guru-guru yang sentiasa inginkan yang terbaik buat anak didik mereka...

Namun, mungkin sudah tertulis ..Mereka kurang cemerlang..maka kuranglah gemilang dalam SPM..TApi janganlah ketidakcemerlangan itu dijadikan batu halangan untuk mencemerlangkan masa depan kalian..Berbagai bidang yang memerlukan kemahiran..
Dan banyak lagi peluang buat kalian untuk meningkatkan taraf kalian di mata manusia sekeliling... kerana dalam pandangan Allah, kalian sama sahaja. 
Cemerlang atau tidak, bergantung kepada amalam dan ibadah kalian...
Jadi, janganlah berputus asa pabila tiada yang menjulang kalian...
Bukankah Allah telah berjanji....
Allah S.W.T menghendaki seluruh hamba-NYA berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu dan diiringi dengan doa kepada Allah..Allah Maha Besar, Maha Penyayang, maka pinta dan mohonlah pada-NYA..insyaAllah jika berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah, insyaAllah pasti berjaya..


Bantu dengan doa...

Aku terbaca dalam blog K Jee tentang Yasmin Damia. Seorang bayi yang baru berumur 2 minggu yang mengalami komplikasi pernafasan... Aku betul-betul tak mampu membaca luahan hati ibunya yang terpaksa berulang-alik dari Langkawi ke Alor Setar setiap hari demi bayinya...... kerana aku pernah melalui kegetiran hati dan kesanggupan berbuat apa jua untuk anak aku sendiri...

Gambar ini hanyalah sekadar hiasa semata-mata.. Kegetiran kami suami isteri menjaga Along semasa bayi tak dapat aku pastekan di sini kerana gambar ada, tanpa scanner!

Anak-anakku amat beruntung kerana mereka sering mendapat rawatan yang terbaik dalam keadaan yang sangat selesa. Tiada peraturan yang ketat bagi kami yang ingin menjaga atau melawatnya bila-bila masa sahaja. Mereka sentiasa mendapat rawatan dari pakar-pakar yang bertauliah.. Mereka sering mendapat ubat-ubatan yang terbaik di pasaran.... Terima kasih kepada majikan Hubby Baby yang menjaga kebajikan kami selama ini...

Mudah-mudahan Allah melindungi Yasmin dan keluarganya.. Moga ibu dan ayahnya diberikan kekuatan dalam menghadapi dugaan Allah.