Rabu, 21 Disember 2011

Solatlah Walau 1 Rakaat Witir Sekalipun

Bila Allah sayangkan kita, Allah pasti uji kita dalam pelbagai cara. Ada yang diuji kesabaran. Ada yang diuji dengan penyakit. Kalau ada yg menghidap penyakit kronik seperti barah, diabetis, sakit jantung, darah tinggi dan lain-lain, bolehlah berusaha dengan mengamalkan solat malam, walaupun sekadar 1 rakaat witir sebagaimana Baginda Rasulullah SAW bersabda (daripada Salman al-Farisi):



"Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."


 Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab berkata, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula. Wallahu'alam...
Apapun tidak salah untuk kita berusaha,kannnnnn????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan