CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Khamis, 11 Ogos 2011

Wordless Thursday~~~ #7



Happy 39th Birthday!



Birthday Glitter Graphics and Scraps for Orkut, Myspace, Facebook, Hi5, Tagged




Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan islam,
Akhirilah hidup kami dengan membawa iman,
Akhirilah hidup kami dengan Husnul khotimah

Isnin, 8 Ogos 2011

Pulang Ke Sangkar~~






Hari Jumaat, 5hb Ogos, Along dibenarkan pulang ke rumah selepas 2 bulan memerap di hostel 'kesayangannya'. Jam 2.35pm dia dah berada di kerusi penumpang kereta yg aku pandu.. Dan dia bercerita dan bercerita dan bercerita seperti kebiasaannya bila berjumpa dgn Umminya yg dengar penuh khusyuk dan sesekali menyakat dia... ;)
Dua malam dapat berbuka dengankesemua anak-anak. Bahagianya rasa..
Dua kali kami dapat bersahur bersama... Tersangatlah bahagianya..
Bahagia juga kerana dia dapat bertarawih dengan jemaah disini..
Sayangnya aku masih makanABC...

Sebelum dia balik, kami bergotong-royong menyediakan Masak Lemak Cili Padi Siput Sedut Sulur Keladi. Dia nak sangat makan. Kat asrama mana ada sediakan siput sedut... Pukul 2pm baru aku & Cik Mat ke pasau beli barang.. 4kg siput sedut, 2 kg santan, singgit cili padi, sulur keladi sepeket aje...Barang lain semua ada...
Along berus setiap siput sedut tu..
Cik Mat pulak katuk hujung siput tu...
Aku? Siapkan benda2 lain la... Celur sulur keladi dengan air asam jawa & garam...
Jam 4, siap dah dimasak.. Along request utk 2 bekas..
1 bekas nak di bawa ke Dewan Makan makan beramai-ramai..
Lagi satu dlm flask & lebih kuah untuk dimakan dlm dorm dengan roti..
2 bag besau roti Gardenia dia beli! Makan le....
Asalnya Along balik dgn Abahnya aje.. Takut tak sempat untuk sampai rumah dan nak sediakan hidangan berbuka buat kami sendiri.. Tapi...... Manalah boleh Ummi dia tak babai kat depan pagar asrama kan....Akhirnya,  semua ,kecuali Faeiqah, pergi serombongan! 
 Masuk pintu pagar SHAH, kena turun dan ambil Outing Card dulu....

Masuk kereta, dia masih sibuk bersms dgn kawan-kawannya sebab dia baru dapat tahu yg salah seorang kawannya baru sahaja meninggal dunia akibat kemalangan. Al-Fatihah buat Allahyarham Iji..

Banyak barang ni.. dengan makanan sekali... Kena adjust barang2...

Bila dua beranak ni adjust luggage.. muka cam serious bebenau!

Tu mesti dok tenung siput sedut tu!
  
 Banner kat pagar asrama... Aku suka sekolah ni sebab semua event ada dibuat banner...

 Nampak tak tu! Tak de sesiapa dibenarkan masuk! Apsal? Ada kes sikit dulu.. So, kami, parents hanya boleh masuk dalam kawasan asrama hanya pada Hari Terbuka Asrama dan masa semester baru dibuka... Tapi sekadar sampai di longkang antara asrama dan parking area aje... X leh lah nak buat-buat rajin masuk ke dorm....

 Addeen ni...dari dalam kereta lagi dia dok cium Along berkali-kali... Sampai berselumas dak Along dibuatnya!

Ciuman Along untuk aku... Muah! Muah!
 Lepas salam dengan Abah, Abah hulur duit.. Dia tengok duit merah aje.. Dia ingat Abahnya nak kasik anak belanja spulo hengget aje sampai balik raya! Abahnya pun cerdik gak.. suka nyakat... Duit limaplo dia lipat dalam duit spulo.. Bila Along buka, tu yg dia gelak tu! Kekekekekekek

Bila dia balik lagi? Insyaallah, habis Trial SBP SPM ni lg dua minggu. Lepas tu seminggu ulangkaji lagi dan balik! Cuti raya seminggu ek? Huhuhuu.. Kitorang je x dapat cuti seminggu dok kampung sebab Faeiqah ada kelas tambahan di sekolah! Xpe Long.. Kita raya dulu nanti k!

Babai Along..... Lagi 3 minggu kita jumpa ek! Love you! Muahhhssss!!!!!
Do your best dalam trial ni tau... We all know you can hit the bull's eye!!






Khamis, 4 Ogos 2011

Wordless Thursday~~~#6

MY ADORABLE YOUNG MAN!

funny face smiley

Wordless Thursday~~~ #5



Surah Al-Kauthar


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu.

C&P dr Blog Tokwan