CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Selasa, 29 Mac 2011

Ayam Sambal Minang

Pijau tangan dari pagi masih terasa lagi ...Semuanya demi Ayam Sambal Minang aku hari ni....
Aku belah dua,buang biji dan gunting kecik semua 1.2 kg cili hidup! Mau tak pijau! KAlau dulu, aku tumbuk dalam lesung batu semua cili... Kadang-kadang aku giling dengan penggiling batu tradisional tu..

Aku suka simpan sambal ni buat stok buat beberapa hari..  Sambal ni sedap dicampur dengan terung goreng @ terung bakar. Kalau guna ikan keli atau ikan apa-apa pun masih sedap. Kalau nak guna udang atau sotong pun boleh.. Makan begitu saja dengan nasi panas pun masih sedap lagi..
Nak try sambal minang favourite aku dengan Faiz?? Jom!


Ayam Sambal Minang

I ekor Ayam
500 gm Cili Merah, dikisar @digiling @ditumbuk
4 biji Bawang besar, 2 dimayang dan 2 dimesin 
1 @ 2 biji Tomato 
10 ekor ikan bilis, dikisar 
3 ulas bawang putih, dikisar
Garam, secukup rasa

Caranya:
Kunyitkan ayam dan goreng. Ketepikan bila ia sudah masak.
Panaskan minyak, masukkan bawang mayang dan semua bahan yang dikisar.
Kacau selalu hingga ia hampir pecah minyak.
Masukkan bawang yang dimayang dan garam.
Masukkan ayam goreng ke dalam sambal minang dan gaul rata.
 Hidangkan dengan nasi panas, ulaman seperti timun atau daun selom.

Try le.. Mesti ada rasa masam-masam manis tomato dengan pedas-pedas cili...
Tekak aku suka!

Susahnya...

Peringatan: Sila abaikan tarikh yang tertera di gambar.. 
                  Ia sepatutnya tertera tarikh 27/032011
                  Maaf, ia tidak diset lebih awal...
                  Sekian, harap maklum!
Dari jauh, dia dah tahu..
"mesti ngelak papparazzi Ummirazzi ni! Kang masuk blog lak!"
Ikhwan, kawannya, tak tahu Ummirazzi in action!

Tak mau cerita panjang.. 
Kami pergi SHAH jumpa Along dengan Pizza Hut satu set utk 4 orang.
Ingatkan adik-adiknya tak mau pizza sebab baru sangat makan steambot dan bananasplit kat Johnny's ECM..
Ingatan kami salah... Diaorang lak yang makan cam belum lunch!
Malu-malu lak si Ikhwan bila tengok adik2 dak Daoh ni selamba cakap..
"Nak ke tak? Kalau tak nak, kitorang habiskan!"
Chis! Ntah ikut sapa ntah kuat makan ni???? Sudah gaharu, cendana pulak!

Lepas kasik buah tangan Predator Absolado yang buat Abahnya ado sekejap, Along hand-in bag baju dan set handphone dia, sampailah masa untuk berpisah...sob..sob..sob...
Kalau dulu masa dia kecik toet, dia selalu cium Ummi dia..
Mumula, cium dahi. 
Lepas tu pipi kiri dan kanan.
Then cium hidung.
Pah tu cium dagu .
Dan akhirnya mesti cium bibir..
Sama cam Addeen selalu buat..
Sama jugak cam Faeiqah dan Batrisyia selalu sampaikan rasa sayangnya pada Ummi..

Tapi ..sejak dia Form 3, susah nau nak cium!
"Baik cium Ummi tau! Sementara Ummi ada lagi ni..." bunyi rajuk Ummi selalu pada Along.
"Dok leh doh.. Along doh beso le nie.."jawab dia dengan loghat Pantai Timur.
Oit! Cuba tengok IC! 04 okay! Kita orang Melaka tau!

 Ish! Ish! Ish! Susah nau nak cium! Ummi lak beriya-iya 'tangkap' Along!
Kekadang Ummi kena kejar Along sebab nak suh Along cium Ummi!
Nak bukti ke?
Nak kena kejar, tangkap dan baru dapat cium!

 Tengok tu! Dia memain lak! Dusyum jugak anak Ummi sorang ni!
Tiap kali Ummi nak balik, mesti ambik 10 minit untuk dia cium Ummi!

 Addeen pun sound Along, 
"Bila cium Ummi, kena ada bunyi kuat tau, Along....Cium kat pipi la.. Addeen selalu cium Ummi kat pipi tau.."
Along kata nak cium cam orang fofuler... 
Nyampah! Blueekkksss!!!

Finally..... Selepas berpuluh kali cium style orang fofuler, Along cium jugak pipi Ummi kiri dan kanan dengan Addeen jadi penasihatnya dan Abah jadikan moment tu berbukti.....

Apalah susahnya nak cium seorang Ummi @Bonda @ Ibu @ Mak @ Chik???
Ciumlah sepuasnya Ummi ni...
Biar termuntah pun, ciumlah Ummi selalu..
Setiap ciuman tu Allah berikan pahala..
Setiap pandangan kita pada Ummi, Allah janjikan 'markah'..
Tak mau markah lebih ke????

Ummi adik beradik masih cium sesama sendiri.. waima Pak Busu pun!
Di saat ini, Ummi rindu sangat nak cium Atuk, Moyang dan Atuk Moyang!
Janganlah sampai Along hanya dapat cium jenazah Ummi sahaja dan menyesal kerana tidak cium dan peluk Ummi semasa Ummi masih bernyawa...

Kekesalan itu amat berat untuk ditanggung sepanjang hayat kita....

Gambar diatas hanya hiasan semata-mata..
Tapi Pak Busu kalau salam Ummi, mesti dia salam dengan kedua-dua tangannya..
Kenapa? Kerana dia tahu, tangan Ummi ni yang pernah cubit dia bila dia degil..
Dan tangan Ummi juga yang sapu airmata dia bila dia sedih..
Dan tangan Ummi jugak yang transfer duit bila dia memerlukan...

So, bila lagi Along nak cium Ummi??? keh keh keh keh....

Isnin, 28 Mac 2011

Kenapa???

Aku rindu hari-hari itu...
    Ke sana ke mari semasa si janin berkembang dalam diri...

Aku rindu saat-saat itu...
   Melihat pembesarannya dari hari ke sehari...


Aku rindu detik-detik itu...
   Merasai pergerakannya yang bergerak 360 degree...

Tapi kenapa masih ada yang tidak menyayanginya??
    Mahu si janin dibunuh dengan suntikan sahaja..
Tidakkah dia menyayanginya..
   Walaupun ia terjadi hasil hubungan yg dihalalkan oleh Yang Maha Esa?
Tidakkah ia mengasihi..
   Hasil pernikahan selama hampir 15 tahun lamanya??
"Cukup 5 sahaja" adalah pemutus keputusannya..
   "Tak larat nak melayan karenahnya"

Halalkah perbuatannya?
  Ingin membunuh pemberianNya??
Tidakkah si suami sedar
  Hukumnya sama dengan membunuh hambaNya??

Itu rezeki dan rahmat dari Allah...
  Harta dan kemewahan diberikan sudah..

Aku yang mengetahui tidak mampu tidur..
  Aku yang mendengar tidak mampu libur..
Hatiku sedih, pilu, kabur..

Ya Allah.. Ampunilah aku..
  Aku telah menyampaikan hukumMu..
Ya Allah.. Dengarlah rintihanku..
 Supaya si Ibu sedar akan kesilapan yang bakal membuntu..

Ayam Masak Lemak Belimbing

Kenal tak pokok apa ni???

Tu le pokok belimbing buluh..
Banyak buah belimbing aku bawak balik dari kampung hari tu.. Since anak-anak dah request nak makan ayam masak lemak dan kebetulan pula aku ada depan gerai kelapabeberapa hari lepas, why not aku masak ....

AYAM MASAK LEMAK BELIMBING

Ayam 1 ekor
Air kelapa 1 biji
Cili kering mesin 3 sudu
Cili padi 10 biji (kalau nak lebih pedas, tumbuk lelebih)
Bawang besar ( parut tp kalau malas, mesin pun boleh)
Lengkuas (pun di parut)
Kunyit hidup (parut juga..)
Halia (parut juga..jgn pilih kasih lak!)
Buah belimbing buluh 15 biji ( terpulang pd lidah memasing..dan jgn lupa buangkan pangkal dan hujungnya sedikit )
Santan pekat sebiji (lebih pun ok kalau nak berkuah banyak)
Cili hidup dipotong panjang (untuk hiasan)

Cara-caranya:
Lebur semua dalam genseng (kuali tembaga) kecuali santan pekat dan belimbing buluh. 
Agak2 ayam dah separuh masak, masukkan santan pekat dan belimbing buluh.
Kena sentiasa kacau supaya tak pecah minyak..
Campakkan garam ikut rasa sendiri..
Nak tutup api tu, campakkan cili idup.
Hidang...
Kami sekeluarga makan dengan nasi panas, sambal goreng dan ulam aje... 
Sehingga menjilat pinggan!

Senang sangat le buat lauk ni... Ni 'lauk malas' aku...hehehehe




Ahad, 27 Mac 2011

Bata lagi???

Sebelum ni kalau pi jogging koi sarung kasut Bata putih.. Ha ah! Cam kasut sekolah  le.. Regenya pun RM39.90 aje masa beli dulu.. Nak minta brand lain, koi segan la kat Hubby Baby.. Almaklum le..yang kerja, dia..bukannya koi!

Tapi agaknya dia kesian kat koi.. Tiap kali lalu kat Nike atau pun Adidas boutique @ pi mana-mana kedai barangan sukan, dia nampak koi jenjeling aje kat kasut-kasut tu...

Semalam koi tanya, "Bila nak pi jogging ni, Yanggg?" dia kata " Petang kang.." 

Koi dengan muka selamba rock pun kata, "Tapi kasut sekolah tu dah ketat.. Dah teruk la". Mesti le dah teruk sbb dah dekat seplo taon koi gunakan!

Terus dia kata "Jom, kita gi beli. Nak beli kat mana? Kuantan Parade banyak kedai kasut.."

"Tak mo la.. Banyak chop panas-panas la kat sana.. "

"Megamall? Ok tak?"

"Kalo ECM (East Coast Mall) ok.. Banyak choice jugak." Kata koi dengan sengeh-sengeh..
Jumaat dah pergi ECM. Sabtu pun nak pegi jugak ke??

Pi ECM, pi Parkson dulu... Mmm..x banyak choices...Then masuk Royal Sporting .. Mahal lak.. Yang koi berkenan tu sampai RM399! Cancel!

Masuk Adidas.. Yang berkenan takde size lak!

Dengan muka toye, masuk le Al-Ikhsan...Ingatkan nak yg cam dah berkenan kat Royal Sporting tp xde lak... Cam lemau je nak mencari sebab salesgirlnya amat lemau! Geram koi! Dah ada yang berkenan, salesgirl tu handover lak pada sorang salesman ni.. Yg koi geram, dia handover kita dan pi layan customer lelaki! Ish ish ish... Kita ni saja nak pompuan layan kita sbb sama2 pompuan tapi...huhuhuu

Masa tengah try, Along call..
"Ummi datang kul brapa?"
"Ummi ada kata ke nak datang?"
"Kan Ummi kata hari tu nak datang hari ni nak ambik handphone Along.. Ummi kat mana tu?
"Ummi kat Al-Ikhsan ni.."
"Iye ke?ECM ek? Err..Esok nak main volleyball.. Kasut Along tu koyak dah.. Hhehehehe.. Boleh le ek sepasang..."

Dendiam, koi ngan Hubby Baby beli la jugak... Sian anak koi berkasut koyak walaupun Nike .. 

Tangkapkan satu Adidas Predator untuk dia...
Ummi dia ni memang sokmo gini! Anak wat lembik tengkok je, mesti nak sediakan!
Dan koi punya?????

Adidas xde yang berkenan... So, koi sapu yang ni aje...
Regenya?? Lebih mahal dari segala kasut Hubby Baby pernah ada..hehehehe..
Tapi, mesti jangka hayat panjang.. Kurang-kurang pun sama hayatnya dengan koi punya Bata putih  yg dah tukar colour cream tu..

Mamat sorang nih memang gini sokmo.. Kalo ada barang baru, mesti muka dia yg enterframe!
Sabo je lah.... 

Ops! Ni bukan koi yang jadi model ye.. Mesti la si mamat enterframe.. hehehehhe..
Koi ingatkan tadi petang boleh la pi jogging dengan Hubby Baby tapi kul 6 pm semua dah masuk kereta.. Restoren Jawaher hunting!


Letih Membayau..



Tokey ayam suka hati... Asyik naik aje regenya..

Last week, kat Pasau Melaka, bayau RM8.00 je untuk sekilo..

Tadi, aku gi Pasar Tani kat Kuantan, kena bayau RM8.60 sekilo!

Kalaulah bukan sebab anak-anak yang suka makan ayam, sah-sah aku tak mo beli dah ayam ni...

Letih koi membayonya! Rasa cam nak jadi si Ucup (dalam citer HAntu kak Limah)!!

Kita bako! Kita bako! Kita bako!!!

Sabtu, 26 Mac 2011

Semalam dan Hari ini..

Semalam...

"Yang, esok lepas Subuh kita brisk walk nak?"
"Boleh... Esok kita brisk walk kat mana?"
"Kat area rumah sampai Pasdec je.."
"Wokey!!"

I dreamt of brisk walking here with him and the children....
Wished I could brisk walk with him till the end....

Hari Ini.....

"Yang... bangun subuh..."
"Ok. Dah bangun ni.."
Dia menunaikan solat dan baring semula di atas tilam empuk, dengan dikelilingi bantal-bantalnya....
And it's 9.43 am..and he is still snoring....
Huhuhuuuu... Bila la nak kuat balik kaki ni?
Bila la nak cepat turunkan berat badan ni??
Bila???



Buat Apa tu?

Selalunya jam 10 am, orang yang bekerja gomen kat buat apa?
Aku dulu kerja gomen, 4 tahun saja aku  mendidik anak-anak bangsa di 2 buah sekolah. Jam 10.15 pagi adalah waktu rehat bagi anak-anak murid... semuanya akan berada di canteen ataupun di library sekolah.. Bukan mereka aje..  Ada juga yang rajin membaca di tepi longkang atau bermain di padang.. samada main kejar-kejar atau main rebut tiang ,  teng teng, chapteh dan tak kurang juga. Kami, guru-guru pun akan berada di bilik khas untuk guru semasa rehat, menikmati makanan dan minuman kami... Santai aje masa tu...

Aku pula, suka memerhatikan anak-anak murid dari kelas aku.. Macam-macam permainan yang mereka mainkan.. Ada yang aku biasa mainkan semasa kecil dahulu.. Ada juga yang aku kenal selepas mula menjadi guru...
Chapteh sebenarnya ialah benda alah ni...  Benda ni disepak macam bola takraw.

Permainan teng teng ni famous di kalangan murid perempuan..
Permainan tudung botol pun popular jugak... Ada yang rajin mintak  kat makcik canteen tudung botol...


Ni permainan  mencari cucu.. Yang tengah tu ialah nenek ataupun datuk yang mencari cucunya...
JAn jan jala.... semuanya tak mahu terperangkap di dalam 'jala'!
Galah panjang yang boleh dimainkan di atas simen ataupun di atas padang @ tanah..
Main konda-kondi pun seronok gak..

budak lelaki cukup suka main guli ni...
Anak murid yang berbagai bangsa sama-sama main batu serembat...
Main gasing.... Sapa punya gasing paling lama berpusing, dia la yang menang!
Tarik upih..
Dalam semua permainan ini, pada aku yang paling adventurous ialah tarik upih! Kenapa agaknya ek?? Aku dulu biasa main tarik upih ni...  Semasa aku mengajar di Sek. Keb. Kg Bahru, Lenga Johor (dekat dengan Bukit Kepong yang balai polisnya diserang komunis tu..) yang jauh di pendalaman dan tak ada telefon (huhuhuu... Susah nak telefon Hubby Baby masa tu) budak-budak lelaki ni suka sangat kalau nampak upih pokok kelapa kat padang sekolah... Sekolah kampung, kelilingnya pokok kelapa, atas bukit, selalu banyak angin.... Padang di kampung manalah nak rata... 

Satu hari tu aku lihat dari jauh (padang luas sangat!) ada empat lima orang yang berlari rebutkan dua upih. Mereka mula bermain upih...  Sekali tu satu upih yg di tarik tu terlanggar lubang kat atas padang!Yang budak atas upih tu senget dan terjatuh ke sisi. Waktu yang sama jugak, team lagi satu punya upih melompat sebab tanah yang tak rata.. melambunglah si budak yang dok atas upih tu.. Dan mereka berlaga kepala! Lepas berlaga kepala, masing-masing jatuh atas tanah... Malangnya ada batu disitu... Berdarah kepala budak berdua tu! Yang dua orang menarik upih tu menjerit minta tolong..kebetulan mereka nampak aku berdiri di tangga yg menuruni padang. So, berlarilah aku dalam keadaan mengandung sulung 7 bulan tu pada mereka.. Mak oii! memang sungguh berdarah! 
Camni le lebih kurang kecederaan salah seorang student aku akibat upih.... 

Aku tengok, dah takut... Aku angkat budak tu (eleh...budak lelaki Year 3 yang kecik aje..) terus bawak pi Staff Room dan tekap dulu kepala yang berdarah tu. Then aku mintak tolong seorang cikgu lelaki yang kebetulan baru masuk SR dari canteen.. Kami bawak budak tu ke klinik kesihatan yang jauhnya 3 buah kedai atap nipah. Berjahit jugak kepala budak tu!Then aku hantar dia pulang ke rumah, dalam keadaan baju aku yang penuh darah... Yang herannya, budak tu tak pening, tak lemah pun walau darah banyak keluar..  Dan esoknya, budak tu datang sekolah siap dengan kerepek pisang berpek-pek untuk aku! Katanya," mak ayah saya bagi kat cikgu." Itu cara mereka berterima kasih pada aku sebab membantu...
Dan waktu rehatnya, aku nampak budak-budak yang sama, bermain tarik upih lagi! 
"Seronok main upih la cikgu.. Kadang kita jatuh, kadang kita terbang, kadang kita tergolek, kadang kita lepas laju aje" jawapan si kepala berjahit dengan pekat Jawanya pada aku bila ditanya kenapa main sedangkan jahitan tu masih baru lagi..... Memang adventurous sungguh permainan ini dan juga budak-budak Jawa Kampung Bahru ni.... 

Jumaat, 25 Mac 2011

Buaya Batu..

Dah lama aku nak jumpa si buaya Batu ni.. Tapi Hubby Baby cam tak berminat aje.. Adakah kerana ia buaya maka Hubby Baby takut? Ntah lah.. Lupa pulak nak tanya... heheheh

Finally.... Buaya Batu..kita berjumpa jua akhirnya...
Ini sebuah restaurant.. Dulu sebuah tadika tapi bila banglo ni dinaiki air, tadika ditutup..
Akhirnya, sorang makhluk ni terjumpa Buaya Batu tersorok di Kubang Buaya...hehehehe
Kalau waktu siang, tengok memang ilang selera la... Tapi bila waktu malam, dengan bantuan lampu2, lawa la plak...
Tapi di dalamnya..sesuai la kalo nak bawak isteri tercinta ngan anak-anak ke lubuk buaya Batu ni...
Gigirl tengah posing... 
Tempatnya cam exclusive.. Memang exclusive pun sebenarnya! Kalau poket agak-agak menipis tu, jangan le masuk lubuk buaya ni.. Mesti tercekik punya!
Ice Lemon Tea 3. Kenapa 3? Sebab minah ni dah tumbangkan satu gelas! Grrrrr!!! Satu tu RM4.50.. lagi sikit je sama dengan harga kat Hyatt! Ummi minta Apple Plum Juice aka Jus apple dengan asam boi aje, RM6.50. Abah plak Fruit Punch aka air buah2an campur, RM7.00. Gelasnya sama aje dengan cam minah tu punya gelas... 
Aisey.. Ada mamat enterframe lak kat belakang.. Siap 'peace' lagi!

Kelam aje gambau ek..sekelam pandangan Hubby Babyku yg memujuk aku yang merajuk sehari sebelumnya dengan membawa ke lubuk ini...hehehehe

Nachos with salsa been served first.. Bukan susah pun nak buat nachos ni tapi sebab aku tetap nak 'simpan' cream cheese aku untuk cheesecake (insyaallah, tp x tau le bila nak buat tu..), terpaksa la order jugak.. RM12.50! Huhuhuuu... 

Lasagna... dari dalam kereta lagi anak-anak dah order lasagna... Kitorang ni kan ke hantu lasagna... bukan Hantu K Limah ye... Tapi order satu aje untuk dikongsi bersama.. RM19.00 tapi memang sedap sebab kulitnya bukan yg beli kat pasta department tau.. Ni buat sendiri punya...Saladnya, aku yg peghabihkan...

Then, datang pulak mushroom soup TM 6.50 with garlic bread RM 6.50 juga...  Garlic breadnya di sapu butter dan dikesat dengan garlic..bukan cam aku punya..sapu dengan packed garlic butter aje..hehehehe.. Soupnya homemade..sedap jugak.. share reramai jugak..

Cheezy Jr. Fish and Chips. Reasonable price la dengan portionnya RM9.50 untuk Addeen..Yang akhirnya aku jugak yang tolong habiskan.. Mana la aku ni tak gebu?

Ni Batrisyia punya.. Just the normal chicken chop. Tp harganya melebihi paras normal .. RM17.00. Kalau kat santai, tambah lagi RM4.00, dah boleh dapat 2 set! Yang ni pun, aku tolong habiskan salsanya dan Hubby Baby habiskan coleslaw..

The day before, Hubby Baby dah makan lamb kat sini.. Dari rumah lagi, sebelum solat Maghrib, dia dah cakap "Hari ni abang nak makan salmon aje..". So, he ordered salmon steak for RM29.50. Ok la.. salmon pun mahal kalau kat Carrefour...

Aku gatal..nak makan lamb cutlets! Kalau kat rumah, aku makan pakai tangan aje.. Tapi kat Buaya Batu ni aku jaga table manners aku.. Pakai knife and fork. This dish costs RM36.00! Aku, no comment sebab bukan aku yang bayau.. Dan disebabkan aku ni baik hati, aku share dengan Hubby Baby..walhal sebenaunya aku tension sebab cutletsnya kecik, nak pakai pisau lak.. Tak dapat nikmat gigit tulang biri-biri ...heheheheh

This is my favourite! Lamb leg... RM 35.00. But this is Faeiqah's.. The leg was almost done..still juicy... drooling lak aku ni.. And it's normal for mu Hubby Baby to finish 2 parts of them..hehehehe

While Hubby Baby and me 'trying hard' to finish all the food from the children's plate, the children waited patiently at the lounge

Addeen posing kat lampu.. Aduhai sayang.. Awak tu ambik gambau guna handphone 6230 aje la... bukannya DSLR! Kan dah jadik cam gambar bumi di waktu siang dan malam....

Ni lagi sorang! Alahai Hubby Babyku sayang.... Cecepat le tapau DSLR satu buat aku kami... Sakit mata dibuatnya!

Tak puas hati minah ni.. Posing lagi..sebab Ummi masih melayan hidangan lagi..

Posing manja anak-anak yg kata "Lamanya Ummi ngan Abah makan. Kitorang dah nak tertidur dah..."
Huhuhuuu...

Ni tissue si Buaya Batu kasik kat aku selepas aku kasik licin semua pinggan-pinggan dia.. Pinggan-pinggan tu kalau tak berbasuh pun takpe..sebab aku dah kasik licin bebetul!

Satu benda aku belajar bila makan kat tempat gini... Tak payah le bawak anak-anak ni sebab diaorang rasa terkongkong aje.. except kalo dapat dok kat verandah lubuk ni... Tapi anak-anak cakap dalam kereta, "Kat sini tak syok la.. Kat Santai syok.. Boleh jalan-jalan, tengok air, tengok pokok kalau Ummi dengan Abah lambat habis makan".
Allo! Ummi dengan Abah habiskan makanan u all tau!
Bayau memahal, tapi salad pun tak leh nak habiskan...

Hubby Baby paid RM212.63 for one dinner that night... Kalau bawak rombongan Che' Kiah ke sini..habis la kitorang tak mampu nak beli walau sehelai daun kangkung la lepas tu....

And we declared Crocodile Rock will be in our list of restaurants for our coming dates! Yeahuuu!!! Romantic dinner....
I dreamt of romantic dinner by the sea...
* To my Paving Stoners and my Starfruiters... Sorry, we can't afford to take u here for dinner.... So Sorry...:((